kereta idaman gua tak lain tak bukan ! taraaaaa

dush dushh , amboi kau, kemain gelojoh . sabaq sat , biaq aku bernapas sat. tarikk hembus tarikk jgn hembus ! hahaha  oke siyes sikit .


hmmm bila bercakap pasal keta ni selalunya lelaki je yg amik port, pompuan jarang , tapi aku suka cakap pasal keta. woii aku bukan jantan oke. aku perempuan yg berjiwa kental ta main tangkap leleh oke ? teddy bear pon gua ta dak , can you afford? kalau gua ada pakwe, gua ta nak dia bagi gua teddy bear. baik belanja gua makan ke, shopping baju ke , riben ke , hahaha

tapi kental2 gua pon, hati gua kecik . gua ta pandai marah org kalau org kencing gua, paling kuat pon gua melalak je , sedey arr mcm ni. gua cepat kesian kat org, walaupon gua tahu gua selalu dipergunakan . ahh persetankan suma itu, gua percaya kalau gua ta balas insyallah tuhan akan balas. gua percaya  , gua percaya ! #muka serious


oke oke, apa gua melalut ni, bukan tadi cita pasal keta ka? asal pasal kencing kencing pulak ni. hmm gua memang macam ni asal dpt keyboard je mula la jadi cam ni. sabar yer nak sampai da ni .


sambung balik, gua memang suka bawak kereta , percaya atau ta? gua prefer manual dari auto . sebab gua rasa cool gila bila tekan klac ( abaikan ejaan, gua tataw nak eja mcm na janji korang paham natang pa ) and then tgn kiri tukaq gear sambil bersiul2 bajet retisss. gua selalu berangan tgh drift mcm dalam cerita fast and furious tu, perghhh lu ada? can you afford?


gua baru dapat je lesen P belom kompem lagi. gua dapat bulan April lepas . bila gua crita kat kawan gua mereka tidak percaya sama sekali sebab gua berani drive . well well kan gua cakap hati gua kental . haha gua nak masuk kelab lumba kereta tapi ta lepas syarat sebab lesen ta kompem lagi binawee betol. jgn memperlekeh golongan P macam gua boleh tak?


agak2 korang la kan , keta apa yg gua suka and tringin sangat2 nak drive??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.TARAAAAAAA 

cool ta weii ?

siyes gua jeles tgk member member gua yg drive myvi ni, sumpah ta tipu . gua berkenan sungguh dgn myvi ni. gua duk pujuk mama gua tukaq keta gua yg chevy tu dgn yg ni. bukan apa, senang kot nak cari sparepart . cm keta gua sekarang ni , mak aiii payah bebenor nak cari sparepart . arial( menatang apa tataw, yg panjang tu area ke arial ke lantak p la. janji hang paham ) radio patah , ta de barang ganti wei . kena order bagai , cermin gua yg depan tu retak pon ta ganti2 lagi. sebab nak order bagai . mahai pulak tu . binawei betol .

gambar sekadar hiasan , keta gua warna hijau pucuk pisang nak kuning gitu .
see? ta lawa kan ! bapak gua yg pilih ni, hmm pasrah . err bukan redha . kalau la abah aku baca , harap2 dia pertimbangkan nak bg myvi ke. second hand pon jadi la, third hand pon gua ta kisah even four five six hand sekalipon gua jalan ! kihkihkih


tapi kalau buleh nak warna ni la, boleh la abah ! plisssss kalau ada hello kitty lg oke ! omeynyaaaaa <3

anyonyo omeynyaaa ! malam ni nak mimpi myvi pink hello kitty laa :D


opss lupa lak gua final 3hb ni , da 3 paper berderet2 pulak tu minggu ni. stress sikit tapi gua masih mampu updates hahaha . oke doakan gua berjaya ! babai


p.s ober , sila komen yer, haha jgn SR sgt yer ober !


kita sahabat atau kawan ?

aduhh aduhh letih letih ! minggu depan final. 3 ari berturut-turut pulak tu paper aku . dgn carry mark aku sikit je. stress gua stress oke ! sapa cakap ta stress? apa yg blajaq, yg dlm buku suma tu bukan naik pon dlm exam . ta caya? hang p tny students USM sekarang. sekarang aku tgh pikir nak guna strategi apa . hmmmm sementara nak pikir tu aku sempat lg berjimba dgn member-member aku. aku lg advance blk kg awal sebelom study week . HAHAHA tadi pon aku keluar g tgk MISSION IMPOSSIBLE 4 , serious best . nanti2 aku review cita ni. ke korang nak aku review sherlock holmes? ke dua-dua sekali ?


dah lepas tgk tu opkos la lapaq yer dak? so g mkn bihun sup dulu. then jln2 shuping sikit (padahal ta beli apa pun, nak beli jersey tp lekeh al ikhsan ta jual jersey msia , halooo gua supporter msia k, bukan gua duk kat negara BANGLA , apa la ta menyokong langsung ! ) then lapaq kek pulak terus pecut g secret recipi . serious kek yg aku pesan haram ta sedap. sapa ckp chocolate n stroberi nice combination?? sumpah yerrkkkkkkk !


biasalah org perempuan ni kalau sembang ta de topik lain, mesti la bergosip je. HAHAHA then cita pasal lelaki , pasal study, pasal stress nak exam , pasal bla bla bla bla. memang seronok bila aku blk kg , sb ada ramai bestie aku . sebab tu aku ta suka duk lama2 kat usm , sepanjang sem ni mana pernah skali pon aku stay  kat sana, every weekend aku balik. sebab bila balik aku dpt jumpa kawan kawan baik aku kat sini, aku dapat luahkan masalah aku kat diorang . so far diorang la pendengar setia aku yg ta pernah mengeluh bila aku cita ! terima kasih kawan . andalah sahabat sebenar saya .


ada sesetengah kawan bila susah je cari kita, bila ada masalah baru nak msg kita, baru nak BBM kita, baru nak koling2 kita. time happy tgh huha huha haram nak igt kita . muka pon ta nampak apatah lg msg kan , kadang-kadang aku terpikir siapa aku dekat diorang yg layan aku mcm ni ? aku ta bernilai langsung ka? aku ni just kaunselor ta bergaji kah??


kadang-kadang aku ada masalah , cerita dekat diorang , tapi apa yg aku dpt? buat ta layan je. last last aku yg sakit hati . cukuplah sekali aku pernah rasa, mmg tak la aku nk cita masalah aku lagi kat org tu . time dia ada masalah punya lah kita tadah telinga dengar dia ckp bla bla bla siap maki maki, marah marah lagi. padahal kita ta terlibat langsung pon kena marah ? apa kes? tapi aku tetap setia jugak dengar masalah diorang, sebab aku ta nak buat menda yg sama mcm diorang wat kat aku .


dari apa yg aku cerita kat atas tu, korang mesti dpt teka sendiri siapa aku pada mereka kan? adakah kawan? tempat lepas masalah? cuba letak diri kita sebagai seorang kawan, adakah kita layak utk dilayan sebegitu?? helooo kita sendiri ada life, ada masalah oke. tapi kalau mereka hanya datang ketika ada masalah ja, itukah namanya SAHABAT? no ! itu kawan bukan sahabat, seorang sahabat tak kan buat macam tu ok. dia akan sentiasa setia disisi kita no matter what happen. kalau ada org gadoh gan kita sahabat la org pertama yg akan sokong kita , kalau kita sakit sahabat la yg akan tny keadaan kita, kalau kita sedih menangis ke apa ke sahabat la yg akan lap air mata kita tu, kalau kita tgh marah sekalipon sahabat jugak la yg akan cool down balik kita , and kalau kita tgh happy sahabat jugak yg akan sama2 gelak dengan kita !



sekarang aku happy sebab aku ada sahabat-sahabat yg setia bersama aku ta kira masa sama ada sedey mahupon happy. sebab tu aku selalu cuba utk jadi sahabat yg terbaik utk mereka. aku sentiasa layan mereka dgn baik sebab aku takot sgt kehilangan mereka . sumpah aku sayang mereka.


terima kasih sebab sentiasa tny aku balik kg ke ta tiap-tiap minggu , tny aku sihat ke ta , bg hadiah tiap kali bday , teman aku shopping , kongsi hobi yg sama , paham perangai aku mcm mana. thank you so much !



p.s cuba tny diri sendiri kita kategori sahabat yg mana satu ? peace no war !


babai

kehilangan itu perit tapi merupakan hakikat yg perlu kita tempuhi

salam ,

lama kan ta menulis? rindu tak ? hak hak ahhhaaaakkkk !

oke oke kelihatan gedis disitu. sebenarnya banyak nak cita, tapi satu satu la dulu yer dak?

tadi ada terbaca kat satu belog ni pasal kehilangan, ye kehilangan atau perpisahan. perpisahan ada dua , satu berpisah hidup dan satu lagi berpisah mati. aku da pernah lalui kedua dua perpisahan. sedih aku ta dapat gambarkan , sungguh aku tak tipu , orang yg pernah rasa kehilangan je yg tahu rasa sedih itu.


lumrah hidup la kan, setiap yg hidup pasti akan mati. setiap pertemuan pasti akan berpisah. kita ta kan dapat lari dari suma tu. kita kena hadapi jugak satu hari nanti.


berpisah dgn orang yg masih hidup ni lain sikit rasanya. contoh mcm berpisah dgn mak ayah sebab nak sambung study ke, broke up dgn pakwe ke, dan macam macam lagi laaa. tapi kita still ada peluang nak jumpa orang tu lagi kan walaupon berpisah? tapi kalau berpisah kerana mati? kita ta kan berpeluang nak jumpa , bercakap atau meluahkan perasaan kita dah. masa tu barulah menyesal sebab kita ta pernah ckp yg kita sebenarnya syg sangat kat dia. baru lah menyesal sebab masa hayat dia kita asyik buat dia kecewa, sedey dan macam2 lagi kan? tapi semua tu ta kan kembali ke asal da. menangis siang malam pon dia ta nkan kembali dlm hidup kau.


sebab tu kita kena hargai setiap org yg pernah hadir, atau masih hadir dalam hidup kita. kita kena hargai kalau ada org sayang kita. walaupon orang tu bkn la taste kita ke, selalu buat kita rasa menyampah ke . tapi sekurang kurangnya kita tahu dia sayang kita, salah kah kalau kita layan org yg syg kita dgn baik baik even kita ta suka dia? ta salah aku rasa. cuba bayangkan satu hari nanti org tu da pergi buat selama lamanya? masa tu baru kita nak rasa kehilangan dan menyesal sebab layan endah tak endah je.



aku sendiri pernah kehilangan org yg aku sayang. tok ayah aku ! dia baik dgn aku, aku gan family tinggal skali dgn tok ayah and tok aku so kami mmg rapat. sekarang pon aku tido gan tok aku. kadang-kadang aku teringat masa kecik-kecik dia selalu bawak aku g jalan-jalan kat sekitar kampung, beli mainan, baju kadang kadang tu. sekarang? semua tu dah ta da. even dia ta sempat nak tgk aku masuk U pon. malam sebelum dia eksiden tu aku mcm ta layan dia ckp gan aku sb aku letih . tido awal, selalu nya aku sembang dgn dia. esok pagi aku terkejut dpt berita dia eksiden depan sekolah aku. masa tu aku tgh tunggu result SPM.


aku tataw apa perasaan aku masa tu, macam tak percaya! sebab semalam tu aku baru nampak tok ayah aku. seminggu dia koma. then meninggal. aku mcm blur blur , mcm tak percaya. sebab berlaku begitu pantas. pernah jugak sekali tu aku ckp , ehh tok ayah ta balik ke ? pastu suma org pandang aku. baru aku sedar . hmmmm


walau macam mana rindu pon kita kat arwah, kita ta kan dpt jumpa dia lagi.kalaupon ada org yg dapat gantikan tempat arwah tapi ttp ta dapat gantikan kasih sayang aku dekat arwah. aku kalau sayang mmg sayang betol2, tapi kalau da benci mmg aku benci sungguh-sungguh sampai muka pon ta nak tgk. sebab tu aku payah betol nak benci org . sapa yg pernah sakitkan hati aku, yg pernah buat aku menangis , yg pernah buat aku kecewa, yg pernah luka kan hati aku satu ketika dulu, yg tikam belakang aku sampai sekarang aku ta boleh tgk muka diorang. maaf, aku bukan nabi . aku ta mampu nak maafkan. tapi aku cuba utk memaafkan diorang. mungkin amik masa. aku harap masa tu akan tiba.


hmmm aku terlalu emo mlm ni. maaf. saja nak crita perasaan aku kat korang. korang kan rajin baca cita aku. terima kasih sebab baca yer. syg korang . esok esok saya tulis lagi. tunggu yer :D



p.s encik superman, kalau saya suka saya ta kan bagitahu awak. saya tunggu satu hari nanti kalau saya berani saya bagitahu la. itu pon KALAU BERANI ! MUAKAKAKAKAKA

susah sangat ke nak ucap TERIMA KASIH ?

haii,

kadang-kadang kita ta pernah terpikir langsung utk ucap terima kasih kat orang sekeliling kita. kat macek kantin, macik cleaner ke, kawan kawan, ibu bapa, boyfriends , girlfriends, dan sebagainya. sedangkan perkata tu sangat simple dan mudah nak ucap.

pernah ta kita ucap terima kasih utk kawan kita yg susah payah tlg belikan roti utk kita supa kita ta kebulur? walaupun nampak simple, tapi ada jugak manusia yg ta reti2 nak ckp THANK YOU.

pernah ta kita ucap terima kasih kat kawan kita yg susah payah kehulu kehilir cari/belikan apa yg kita nak?

pernah tak kita say sorry kat kawan kita masa ta jawab call dia yg sangat penting? or text dia lepas tu tanya balik kenapa call? sebab tadi ada hal bla bla bla ? pernah?

masing-masing ta pernah. cuba laa ubah sikap kita tu sikit. lepas ni kalau jumpa je macek cleaner yg tlg cuci jamban utk korang cuba say TENKIU MACEK . kan senang.

teheeeee ,

oke laa short entry je utk kali ni, ta larat nak menaip panjang2 , telan ubat batuk tadi so mata pon kuyu jee. aku pon tataw kenapa kalau aku demam susah gila nak lega. kalau lega minggu depan tu mst demam balik. haaiihhh maybe demam rindu org jauh kot. MUAHAHAHA ehhh takk , kiter je asyik igt dia 24jam. dia?

wake up baby !

pernah tak korang rasa sedey? jeles? sakit hati? dan lain lain lagi?


tipu kalau ta pernah, aku tgh sedey gila ni. sedey dan rasa jeles ! kenapa aku jeles sedangkan dia bukan sapa sapa dlm hidup aku. aku ta layak nak jeles! tapi sumpah aku jeles. so aku bawak diri p pantai seagate dinner kat situ. mkn satay, sotong goreng tepung , nasi paprik.

best layan ombak tepi pantai, macam ombak rindu. ombak yg beralun tu mcm hati aku yg tgh berduka . tidaaak ! gua hati kental, gua ta layan suma ni. gua kena kuat !

macam mana gua boleh tercicah sotong goreng tepung gan kuah satay . member gua da gelak berdekah dekah sampai nak terr semboq satay. gua malu kot. nampak sgt pikiran gua melayang layang. actually sedap gak cicah gan kuah satay.


semalam gua pergi kenduri khatan sepupu gua. gua tukang kira duit dia je. muahahahah byk kot duit dia. kenduri pon grand ta nak kalah org kawen. yg ta bestnya suma pakat perli aku, nak mkn nasi minyak aku. gua da blushing . mak ngah gua asyik kata je, abah gua da plan nak wat kenduri macam mana n 3 ekoq lembu. apa igt gua nak mnega ka sampai 3 ekoq lembu. aihhh ni yg gua ta suka pergi mkn kenduri ni. mencik ahh camni. gua kena bahan kot . bapa kali dah gua kena bahan.


kadang kadang gua layan je, gua ckp je. ha ah calon ada dah why not wat kenduri . hahahah tapi alih2 gua kena blk. dorang meneka calon gua pulak. dorang suka skodeng pesbuk gua. eeeiiii gua kena carik strategi baru ni. hmmm

apa gua merepek ni, ahh lantak la gua pedulik apa. gua nak tulis yg lain tapi tertulis yg ni pulak. lantak laa. korang baca jela. teheee

oke la gua nak baca utk debate esok. gua kena opponent pulak. doakan gua !
ni kat pantai seagate , sesuai nak layan perasaan :)


salam :)

review :: ombak rindu , best ke?

haii uols,


hari khamis ritu aku sempat g tgk wayang kat gsc QB. tengok OMBAK RINDU mmg sesuai la tgk kat QB pasal tepi pantai boleh berombak-ombak MUAHAHAHA. padahal ada esaimen nak kena submit JUMAAT tu, esaimen FA , kena wat financial statement pasal company. da laa susah sempat lagi buang masa berpoya-poya kat QB muahahahah, so after je kelas bisnes com g lunch kat Bakti Permai. then terus pecut g QB .

member aku mati mati ckp ta de sapa nak tgk ombak rindu, mesti sikit je. tgk2 full doh tiket. terpaksa jugak la guna tiket reservation, huhuhu nasibla kalau ta kena melangut kat depan skrin tu.hehehe

sapa sapa yg pernah baca novel tu mesti tertunggu-tunggu nak tgk , yg baca ta abeh mcm aku pon nak jugak tgk, yg ta baca langsung mcm rumet aku pon nak jugak jugak tgk. tapi tah la, cita ni bagi aku laa mengecewakan la. maybe pasal pilihan pelakon yg ta bapa sesuai dgn watak. LISA, as MILA should replaced by FAZURA i think. macek FAZURA aku rasa sesuai gila watak Mila , (Mila tu nama mak aku, mcm ta kena je watak jahat nama Mila. muahahah) Lisa oke la, so-so je. kadang-kadang aku rasa dia oke kadang kadang mcm over act pulak. scene dia marah-marah gila meroyan tu da bertukar scene lawak . aku dgn member and budak belakang aku asyik gelak je kalau part dia marah/meroyan.

eren ajis pulak kalau ganti dgn BOTAk JUVANA mesti aku la org pertama yg nak jadi watak IZZAH muhehehehe , tapi eren oke laa watak as HARIS . tapi kenapa tiap kali aku tgk dia, aku still terbayang SETH TAN watak dlm NORA ELENA tu. hmmm maybe pakaian kot. MAYA as IZZAH pulak aku suka sebab ta de kayu sangat, mcm member aku ckp la kalau watak izzah bg kat lisa kompem kaku je. tapi maya oke bawak watak tu, thumbs up laa. CUMA ! pliss laa tudung tu pakai elok2, anak tudung terkeluar macam budak darjah satu pulak aku tgk. mmg la izzah gadis kampung tapi pakai la elok sikit, maya da lawa pakai tudung. kalau la dia pakai tudung macam TIZ dlm nurkasih tu better aku rasa. mesti cun giler2.
cun kan, tapi tulaa anak tudung tu kalau kedalam oke lagi kut :)


aku tataw la sama ada aku gan member aku hati keras macam batu sebab ta de feeling or mmg jalan cite ni slow. mula mula bagi aku mmg agak slow sampai ngantok aku (member aku siap tertido agi) tapi part tengah2 tu da oke sikit laa. ada scene yg sedey, ada scene yg tegang, ada scene yg kelakar( yg ni byk), ada scene yg ehem2 (ta sesuai utk kanak2) so kalau nak tgk tu pliss, pliss jgn bawak budak kecik spoil mood org oke. tgh layan budak menangis. heloo macik kitorg bayar RM6 (student price) bukan nak dgr anak macek menangis.


so far, aku kasik rating 3/5 laa . rating tu aku kasi khas utk scene DOLLAH kata gila meroyan kat datuk sufiah. sumpah aku gelak berdekah2 dlm wayang tu. HAHAHAHAHA and utk ost filem ni, meruntun jiwa noks dgr adira n hafiz nyanyi.

bagi sesapa yg tunggu cite ombak rindu tu, yg jenis gadis cenggeng kuat nangis boleh la kot bawak tisu. bagi yg hati keras mcm aku, bawak popcorn jela sb takot ngantok pulak.

jgn terkejut kalau jln cite agak lain dari novel.

selamat berombak rindu dgn org yg di rindu :)

nanti korang citer lak kat aku best ke ta, or mmg aku ta reti nak beza kan antara best dgn tak best . teheee

something about . . . . .

salam,

penat seriously penat . minggu ni mmg menguji aku betol. da la got 2 esaimen to submit. satu da submit, tinggal satu lagi , Financial Accounting (FA) subjek yg paling paling paling aku ta suka. kalau ada kelas dia aku selalu ponteng tuto je aku pergi , punya la ta suka. aku kalau ta suka mmg mcm ni. bukan setakat subjek, org pon kalau aku ta suka aku wat bodo je. sebab tu aku susah nak benci seseorang.

2 3 hari ni mmg aku tido lewat pagi la semata mata buat FA ni. ingat senang nak cari detail dlm annual report ? bukan 1 tahun je, tapi 6  tahun . kau bayangkan setahun pon da terkebil kebil nak cari detail. da cari detail nak kena kira ratio setiap tahun. bukan sikit ratio, lecturer nak more than 15 kalau nak markah lebih buat 20 ! gila laa 20 darab 6 tahun? kau kira sendiri. malas aku.

thats why aku ta suka gila math, dulu kini dan selamanya . i hate maths . apa apa yg berkaitan dgn maths suma aku ta suka.

di tambah dengan demam lagi, susah gila aku nak berfikir dgn waras. tadi, kalau ikutkan hati mmg aku ta nak g tuto mikro, tapi aku gagah p jugak sebab nak bayar deposit baju yg kawan aku tempah. so alang alang tu p jela tuto . after tuto aku sambung wat FA kejap sementara tunggu klas lmt100. then trus balik bilik pukul 7 . mandi apa suma sambung lagi wat FA sampai sekarang. aku just berhenti sebab da pening kepala gila tahap babun . thats y aku buka blog. aku tataw nak ckp kat sapa. aku rasa suma ta paham situasi aku. baik aku tulis kat blog je, cakap gan dinding ke. kan senang.

apa aku merepek ni, hmmm kalau aku ada masalah mmg mcm ni pon. aku malas nk cita kat kawan2 , dorang lagi banyak masalah dari aku. ta pe laa.

ahhh lupa lagi, ada quiz nak kena jawab, deadline 2hb! mikro pulak tu. acano? buku ta hadap lagi. hancuss lagi la result aku. nasib la quiz bisnes com aritu dapat 90 % ! weeehuuu meningkat wei, adakah kerana encik SM ? hahah ouh ya beliau merupakan sumber inspirasi aku. (muntah hijau member aku kalau dia baca) hahahah

oke lah nak sambung wat FA , nak key in data pulak. then nak komen pasal prestasi company tu. menyusahkan betol .

nanti kalau kiter ada masalah kiter cite lagi kat awak. maceh awak sebab sudi baca. lap you !


chow!

errrr STPM ni susah ka wei? tak pon laaa :))

salam uolss!


hello, apa khabar? tetiba skema*

ehh stpm da start exam kan? gud luck buat adik adik junior skolah aku yg amik xm taon ni. buat elok elok, contohilah kakak ! *TETIBA! muahahahah

ramai yg kata stpm ni susah, yelaa mmg la susah. sapa nak bg kau exam senang senang. sapa nak bg kau soklan 2+2 = ? budak tadika pon ley jawab. standard la soklan susah dgn umo kau yg 19 tahun tu. hahaha

elehh senang la ckp sb aku da lepas kan? hahahaha ta dinafikan mmg aku mula mula pon dok pertikaila napa susah gila beby kan? tapi tu laaa , cuba kau pk blk. dgn result stpm ni kau ley apply degree ok? DEGREE bukan diploma lagi da. so standard la susah maaaa.

semalam, junior aku msg aku ckp susah gila paper PAM . sampai ada yg nangis pas kuar dari exam hall tu. ada yg ckp bahagian graf tu susah gila, ta sempat buat la. ada kata bahagian e naik jadual dua dua. bla bla bla bla.

=.='

nasib baik time aku agak senang (err susah gak) . tapi satu pesan aku, walau susah mcm mna pon, ta ley jawab ka , ta sempat jawab ka, bila kau keluar je dari exam hall tu kau jgn pkir lagi da paper tu . fokus paper yg akan datang pulak. jangan terlebih rajin p check jawapan. bukan apa, nanti bila check tgk2 salah pulak jawapan kita, terus down or kecewa sampai lupa esok ada lagi paper nak kena jawab.


lagi satu study tu biar smart bukan study hard. kau baca buku tebal tebal sampai ta tido mlm pon tapi kalau setakat hafal ta paham pon ta guna dik oi. tapi cuba paham insyallah kau ta sempat baca pon kau ley ingat nanti point tu. jujur la aku ckp, aku malas nak p sekolah, nota pon harap org, kalau cikgu tu ta paksa mmg aku ta buat la. buat apa aku buat nota sedangkan aku salin je dr buku text. baik aku baca terus jimat dakwat pen aku kan? tapi alang2 da kena paksa aku buat jugak nota. tapi nota aku mmg kemas laa. susun ikut bab bhaii kau ada? hahahaha ehh cita pasal nota pulak. aku nak cita pasal menda lain td. dah lupa pulak apa aku nk cakap. sat aku refresh balik, huhuhu

igt sampai mati, STUDY SMART !

haaa aku nak cakap, study smart, kau carik la soklan past year. kau tgk cara dorang gubal soklan tu mcm mna, tgk gak skema jawapan. utk PP aku just harap 100% dari soklan past year je. dari tahun 1998 kot sampai la 2008. nasib baik soklan ulang ulang je. muahahahha aku suka jawab pp ta payah serabut otak hapai mcm sejarah. hahahah

time jawab sejarah dua aku igt lagi, aku buka je soklan tu. trus nangis, bukan nangis terharu tau. tapi nangis tataw nak jawab apa. sedey tak wei? seumur hidup aku dari UPSR sampai SPM aku ta pernah nangis jawab exam. walaupon paper add math time spm dulu pon aku ta nangis. sumpah aku down gila tgk paper sejarah tu, mmg aku igt nak repeat daa, kompem2 aku igt failed! sebab satu je aku ley jawab yg len totally hentam ikut apa yg aku nak bedal tulis je., tapi heran jugak bila kuar result dapat A. ehhh pelik !

tu laa aku da ckp, even kita pikir kita ta ley jawab, or ta sempat jawab ke. jangan down . jgn sedey. mana tau nasib kau mcm aku dapat A . HAHAHAH  tips yg paling penting sekali nak jwb stpm. JANGAN TINGGAL KOSONG , TULIS JA APA PON. YG PENTING JGN TA JAWAB !


adik adik, buat elok elok, akak kamu yg kiut ni tunggu kamu suma kat sini. nanti akak letak doa yg akak amalkan dari dulu sampai sekarang, oke? dah dah jgn stress k? FOKUS !


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul 
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, 
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang - 
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


maaflah, tataw macam mana nak tulis jawi guna keypad kat lappy ni :))



oke tata

perempuan harus tahu pasal kereta !

salam uolss!


wei weii aku eksaited gilos sb my fav blogger TIARA FAZLIN komen kat entry aku ! mau lompat bintang aku wei. aku mmg suka blog dia. sumpah aku ketawa terbahak bahak bila baca entry dia. mmg lawak ! da la comel . auwww sila menangis terharu yer tiara :DD

oke oke, sebelom aku melalut lebih panjang, aku nak mintak maap dulu sb lama gila ta menaip. aku mmg busy gan midterm, quizzes and so forth. malam ni midterm financial accounting, satu haprak apa aku ta baca. yg aku taw buka FB je. tu je yg aku tahu. muakakakaka ta pe la aku nk tulis laju2 pastu japg aku sambung scan buku text. huhu tu la yg aku amalkan dari awal sampai skang ni.

mula mula aku da cakap ta nak blk minggu ni sb nak study la kononnya. tup tup keta aku pulak rosak. temperature naik , air kering. aku kol abah aku dia kta tungu dia mai sini je sb dia pon ada hantaq keta dia kat sini utk servis . aku ckp nk blk servis kat kien je. so aku pon kelam kabut msg senior satu kg ajak dia teman aku blk. takot nak drive sorang2.

esok tu aku bawak keta p servis tukaq minyak hitam, cuci tangki air. kosnya rm150++ gila laaaa. mau bankrap aku nasib guna duit mak aku. muahehehe siap lebih kurang pukul 4 ptg. then masa nak test coolent tu aiq keep keluar even da tutup. mekanik tu kta penutup coolent tu rosak. tapi barang mmg ta dak. ada stok keta proton, kancil je. dia da kol suma kat area jitra tu. HAMPEH ! dia suruh aku pergi AS , cari sana . kedai tu besar la jugak . mungkin ada sparepart utk keta aku tu. MUNGKIN !

ari AHAD pg tu aku p la gan mak aku, gila la temperature naik . aku kelam kabut berhenti kat tesco ! buka je   bonet depan tu berasap keta ! bangang laa. da la aku nk blk penang . da shuping pe suma aku pon taruk aiq harap sgt la sempat g kedai keta tu. p dgn harapan pulang dgn hampa! kedai tu ta dak sparepart weii dia kata kena order pulak. kebetulan ahad kedai ttp kalau order pon dpt selasa. gila ! dia suruh aku p service centre, nasib baik dekat je.

mula mula aku sampai kuciwa gak la sb dia kata barang ta da. kena order. aku pon da masuk dalam keta siap nak reverse daa. then ada abg ni ckp !

ADIK !! TUNGGU NAK PENUTUP COOLENT KE? ABG ADA SIMPAN SATU.  TINGGAL SATU JE!

aku pon melompat lompat keriangan tapi dlm mimpi jela. gila ke nak lompat tgh hari macam tu. mau orang igt aku gila.

peace yawww! saya dapat jugak penutup coolent ! weehuuu kini saya gumbira =)

oke lah, moral of the story PEREMPUAN HARUS TAHU PASAL KERETA. kenapa? sebab ta kan nak harap kat laki je (bapak kita, abg kita, adik laki kita, boyfriends kita) bila keta kita ada masalah , bukan tiap-tiap masa dorang ada gan kita. nasib baik aku ada kawan perempuan yg tahu gak serba sedikit sal keta ni. ta da la aku cuak bila keta aku buat hal time driving dlm campus ritu. nasib jugak la mak aku tahu serba sedikit sal keta. ta da la kena tunggu abah aku blk keja/cuti nak g servis kan?

well gurl, korang kena amik tahu la atleast skit2 pasal keta. jgn dumb sgt. betol ta?

oke laa aku nak baca buku ni, kawan2 doa aku ley jawab mlm ni. errr mlm ni final MALAYSIA vs INDONESIA! jum pakat2 pakai jersey msia weii ! biaq member indonesia dlm kelas aku tu  gabra sikit ! muahahahaha mlm tu da kena boo kalah , mlm ni boo dlm examination hall jelaa :(


oke tata titi tutti fruiti :))

OST ombak rindu best gila siot !



haaa best kan?
rasa macam nak p tgk kan?
rasa sedey kan?
rasa macam macam kan?

haaaaaaa apa tunggu lagi cepat wat ringtone ! miahahaha


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

sedey kan irik dia, lirik yg aku highlight tu aku suka sangat . tetiba aku teringat seseorang, walaupun dia hanya cari aku time duka, tapi aku ttp suka sb atleast dia ingat aku =)

oke lahh nak layan lagu ni jap ! sampai pecah sound lappy dok ulang lapanpuloh kali lagu ni. miahahahah


LAYAN 

chowww 

kerja berkumpulan yg end up jadi keja individu. WTF

hai uols, apa kbar. mak sihat je nokss. ehh ehh tetiba jadi lalala pulak. hahahaha

uols mesti pernah kan dpt task berkumpulan? bohong la ta pernah, sekali seumur hidup pon ta kan ta pernah kan? pernah tak terjadi kerja berkumpulan tp end up with kerja individu? SELALU kan? bengang tak bengang? sebab kita pon ada banyak lagi menda nak kena setelkan. kerja berkumpulan ni boleh menyenangkan and kadang kadang mendatangkan bala. aku ta tipu, seriously!

kalau uols dapat team members yg baik, sama sama bg komitmen, sama sama buat keja dgn teratur and bla bla bla mmg huntong sesangat laaa weii. tapi kalau dpt team member yg batang hidung pon ta pernah nampak haa ini yg dinamakan bala !

aku tak nafikan kehidupan kat U ni mmg ta ley lari dari esaimen berkumpulan. ada yg group lect yg tentukan. ada yg boleh pilih. haaa yg lect tentukan ni yg bala. sb kita tataw perangai diorang macam mana. kalau kita pilih, for sure kita akan pilih member yg boleh dipercayai yer noks?

kat sini aku nak tekankan satu menda laa, tolonglah bagi kerjasama and tolong team members korang, jangan biarkan dorang buat sorang2. kau tak rasa apa apa ke, bila markah esaimen dpt sama tapi kau ta menyumbang apa apa pon waima peluh setitik pon. sedangkan maybe dia terpaksa koraban kan masa utk study semata mata nk siapkan esaimen tu !

opss maaf terlepas kemarahan pulak kat sini. aku bukan apa, aku tamau lagi da kerja berkumpulan tp end up jd kerja individu. cukup2 laa takat apa yg aku da lalui.  oke laa nak tido sebab td bz berjalan gan bestie. nak taw kami p mana? nantikan entry seterusnya (mcm telenovela pulak)

bye


chowwww

ehh nak raya dah ke?

assalamualaikum sahabat sahabat ku :DD


alhamdulillah selamat samapai ke kampung halaman setelah seminggu ta balik. mukakakaka sebenaqnya tiap tiap minggu aku balik tahu? tu pon masih homesick gila. entah pape je. ouh ya, tadi aku ada mid term introduction to management. pukul 3-5 petang jadah apa aku nak balik raya woii buat exam boleh. tapi ku gagahi jugak la utk study apa yg patut. TAPI  like siyesly aku baca ta masuk otak pon sebab dok pikiaq nak balik ja ni. tamau raya diperantauan. huhu

maybe sebab tu kot aku ta dapat offer study luaq negara, karang aku nangis ta berlagu pulak mengenang nasib di perantauan. hahaha tadi first time jugak la aku drive dari penang ke kedah. keluaq dari hall pukul 4.20 pm terus choww keluaq dari usm terchenta ikut pintu sungai dua terus naik ke jambatan. huahua selamat jugak la ada member teman balik. ta dak la cuak balik sensorang. HAHAHA

masa nak hantaq member aku tu balik kat kuala kedah, hujan mak aiii lebat nak mampos, memang ta nampak jalan. aiq bertakung atas jalan sampai satu tahap keta macam nak mati enjin. ya ALLAH aku cuak gilababy time tu, macam macam aku pikiaq. tapi aku teruskan jugak sampai naik jambatan keta tersemput semput. dalam hati macam nak nangis jaa, bukan apa takot enjin mati pastu undur ke belakang. isk member aku pon cuak semacam siap ta bg aku blk sensorang sebab dia risau jadi papa kat tengah jalan. tapi aku cakap laa tak pa sebab kalau aku stay nanti sampai umah aku lewat pulak. lagi bahaya. alhamdulillah aku selamat sampai kat rumah.

sampai sampai ja rumah mak aku ckp baju raya dah siap ! sumpah eksaited ! hahaha lps tu aku ajak mak aku p amik, sambil tu shopping barang raya. macam biasa mak aku suruh aku buat laksa, tahu la aku buat sedap oke fine aku iyakan jelaa. hahahah singgah makan cendol gan mee goreng. sampai ja rumah aku try la baju raya , WEIIII AWAT LABUH SEMACAM TA TANGAN BAJU TU, KE TANGAN AKU MAKIN PENDEK ! EEEIIIII geram weiii, da la polkadot tuu lawa oke baju raya aku.

oke laa weiii aku pon da melalut p cita pasai baju raya. esok la aku tulis lain. mengantuk pulak. haihhh pape pon layan fesbuk jap.


kepada si dia :: jgn buat ta tahu yg aku suka kat hang. HAHA ehh tak tak , aku da ta suka hang laaa. oke tata :DD

kecewa

hai kawan kawan. maaf lama ta post. tak da idea and busy with esemen, report and test as well. jumaat ada test tapi aku still x study . aku kena korban masa study semata-mata nak siapkan esemen and report. tak pa la. aku memang suka bekorban untuk org lain pun .


btw aku update ni guna hp saja gedik tamau guna lappy so paham2 jela yer.


eh baru perasan tajuk blog kecewa tapi intro mcm tadak kena mengena gan content. kalau tulis karangan sure pendahuluan aku ta dak markah. eh melalut lagi.


entahlah kenapa tetiba aku rasa kecewa. kecewa bila aku taw si dia suka org lain. walaupun sebelum ni aku tahu memang dia suka gadis itu la ini la, tapi tak pulak aku kecewa. bila semalam aku tahu dia suka gadis lain tetiba rasa kecewa. kenapa??


sebelum ni rasa eksaited nak jumpa dia, tapi sekarang da rasa mcm malas nak jumpa. malas sebab takut aku nampak mcm kecewa dpn dia. malu dohh. aku kan pemalu. motif??


arghh lantak p laa. life must go on. panjang lagi perjalanan aku. mana tahu jumpa yg lagi baik. tapi so far dia yg terbaik aku rasa. aku tak kisah dia hensem ke tak, kaya atau miskin, berpelajaran or tak. janji aku da suka dia aku terima semua seadanya.


aku tahu lelaki mcm dia ramai org suka sebab dia easy going person,semua org senang dgn dia. da lama aku suka cuma aku tak admit. sebab aku xpasti . yela perasaan cepat berubah. tapi makin lama xberubah pun perasaan aku ni. aihh pelik !


okelah aku malas nak tulis lagi, baik aku tido. Tak cukup tdo. esok free class is cancel so bley kaver tido. eh tak boley nak kena study supaya pandai mcm awak ! awak sumber inspirasi saya untuk study. 


babai si kacak dan si chantek !


choww !!


Published with Blogger-droid v2.0

tak best pon pakai henset tak dak button ni

assalamualaikum wbt. . . 


haluuuu , lama gila aku ta update blog kan? sebulan satu entry je ke aku tulis, gila langsung tak da ciri ciri beloger laa, camna nak kalahkan cik epal , FL, nurulbadiah n tiara ni? okee korang tataw ke dorang tu sapa? SADIS nyaa, aku suka baca belog diorang very inspired me okeh. hahahah lagipon dorang ni beauty with brain laa. yelaa suma stok2 doktor, lawyer n so forth. 

ehh apa aku type ni, nak cakap pasal henpon da tercakap sal beloger lak. tersasul lak. oke laa since trend sekarang ramai yg gila kan henpon ta dak button cam IPHONE, SAMSUNG GALAXY SII , XPERIA, and so forth so aku pon nak cakap sikit laaa pasal gadget baru ni. 

1.SUSAH NAK JAGA

cantik memang cantik, tapi susah nak jaga sebab touch screen ni very sensetip, mudah nak calar screen. kena beli screen protector bagai. 

2. SCREEN SGT SENSETIP

da nama pon touch screen, everything kena touch jela kan, so kalau jari korang ada air, misalnya berpeluh ke, lps basuh tgn ke, nak guna henset ni mmg susah laa, dia macam ta bley detect tahu. ko bayangkan aku tgh masak, or mandi tetiba ada kol penting masuk yg kena jawab, terkial2 aku touch sebab tgn basah . at last mati camtu ja. kau cakap gan aku cool ta cool henset ni??

3. MAHAI

perghh harga toksah cakap laa, mmg mahai la. barang bagus harga pon mesti bagus kan. so kalau kau nak function lebih duit pon kau hulur la lebih sikit. tapi sekarang aku rasa da makin murah sebab ramai sgt pengeluar keluarkan . demand increase and supply pon increase so prrice pon makin murah sebab too many supply, hamik kau keluar da term ekonomi aku , en tajul meti bangga dapat student cam aku. walaupon salah je konsep aku. adik2 jangan caya yer. 


dah cukup kot aku bg 3 jaa sebab ta best guna henset ta de button ni, bg banyak pon bukan korang baca. aku tahu laa sb dulu2 dlm kelas aku pon ta suka bca buku berjela jela. hahahah


ni antara henpon yg aku suggest korang utk beli 

oke la not bad laa, tapi samsung cool lagi laa cer tgk cer tgk 

samsung galaxy sII terbaikkkkk ! 



iphone tetap menjadi pilihan walaupon ta bapa best 











dear bestie :))

entry ni khas utk sahabat baik ku d usm ! hehehe
AMARAN ENTRY INI AGAK PANJANG !!


sahabatku,

tahniah sebab cita cita hang hampir tercapai,
tahniah sebab dapat sambung blajaq dlm bidang yg hang suka,
sebenarnya aku jeles gila dgn hang, sebab hang dpt tapi aku tak. dulu kita apply kos yg sama n universiti yg sama tp saja gediss p klik usm kan, hahahah and rezeki berpihak pada hang kali ni hang dapat jugak kos yang di idam2 kan. tahniah sekali lagi buddy !


sahabatku,

tengs sebab sudi luangkan masa dgn aku 2 3 ari before hang pergi, walaupon aku lambat almost 30 minutes tapi hang ta marah pun, tataw la dlm hati hang cam na kan. hahaha sorry again,.
tengs gak sebab ikut je mana kedai yang aku nk masuk walaupon tah apa2 je kedai tu, HAHAHA
ingat tak kita masuk dlm kedai TOY R US tu, macam org bodo ja dok try mainan dlm tu. hahaha igt tak aku ajak hang p kedai oren tu after living cabin? sebenarnya aku nk beli sumting kat hang, mcm farewell present la kununnya, tp hang kata aku mental terus kensel laa nk masuk kedai tu. sadis ! nanti2 la aku beli pastu aku post kat hang jela. huahua satu hal gak la teman hang pilih baju, suma tak lawa yg aku pilih , sampai hati hang kan? sebenarnya penat jalan gan hang, merata hang nak p. tapi aku ikut ja malaihh nak bersuara karang hang tamau blanja aku. kakahhh jahatnya aku.


sahabatku,

tengs la sebab blanja aku makan dua kali, nanti blk sini mai la blanja aku lagi. igt la baskin robbin hang ta blanja aku lagi. lalala
tengs la sebab aritu after blk qb hang sanggup blanja aku mkn kat tekun, walaupon jauh tekun gan CG tu. (ada bas, saja wat terok mcm kena jln kaki). baru hang taw kan mcm mana rasa nek tangga batu caves. hahaha
kita minum fresh oren dua kali kan? sebab fresh oren pacek tu sedap. kakahhh opss lupa kat CG ta dak fresh oren. lalalalala
sebenarnya time tu aku mmg dahaga gila, pas kita p order fresh oren tu tgk2 da ta dak nasi goreng aku tu, sadis laa ta sempat mkn sampai habis pon.
tengs gak sebab sudi blanja aku skali lagi mlm sebelom hang nk blk tu. tp sengal kan cashier kfc tu, patut la mahal kan? kesian kat hang kena bayaq byk. aku da la ta dak cash langsung time tu, kalau tak kita kena basuh pinggan kat kepci tu la gamaknya, hahahah kesian kat hang sb terpaksa abihkan 3 ketul ayam, aku ta ley nk makan sebab original kalau spicy aku lama da bedal. kakahhh tapi kan, lepas ni kalau aku p kfc situ mesti aku igt hang. igt hang gelak bdekah2 sampai merah muka hang. nasib aku ta kena semburan hang kan, aku tgk hang pon sadis da. hahahah
lagi satu, budak2 kat kfc tu comel2 kan, sampai hang kata nk amik buat anak angkat. persoalannya mau ka depa amik hang jd bapak angkat? muakakakakak

sahabatku,

walaupun aku ta pernah tunjuk yg aku sedih hang nak p, tapi sebenarnya aku sedih. T__T
bagi aku hang selalu ada time aku ada problem, lepas ni sure hang busy punya, yela budak law kompem2 busy. sapa nak dengaq masalah aku? sapa nak bg nasihat ? walaupon kadang2 ta ley pakai pon nasihat hang tu. tapi tape, aku relakan hang pergi (background muzik PERGI by AIZAT) cewahhh !

sahabat,

pesanan aku buat hang, belajaq rajin2 kat sana, ta semua org dapat peluang macam yg hang dapat. semoga dapat ubah kehidupan hang, jangan lupa kat kawan2 lepas berjaya nanti, jgn lupa aku bila hang kat sana, tahu lah sana ramai awek cun kan. hahaha semoga bertemu jodoh kat sana (tu pon impian hang jugak kan? hihi). jaga diri dekat sana, jgn tinggal solat jgn lupa namaku dlm setiap doa hang.


sahabatku,

aku tulis semua ni sebab aku ta mampu nak cakap face to face dgn hang, siyesly ! hang tahu kan aku ni pemalu, tp kadang2 tu tataw malu. hahahha ta pe la abaikan, aku pon ta pasti hang baca ke tak entry ni. kalau hang baca SILA MENANGIS TERHARU OKE BUDDY? hahaha



selamat tinggal MUHAMAD SYEQAL CHE MURAT :))

tata titi tuti fruiti :DD

aku hidup lagi laaa !

assalamualaikum =P


hai readers ! lama sangat kan aku ta menetaip, ehh ada ke menetaip? sigh* huahua

sebenarnya aku masih hidup, belom hilang lagi. cuma lately ni aku bz, bz menguruskan kehidupan baru, cewahh baru la sangat kan? hahakk tuihh. aku baru ja sudah minggu orientasi, now da start masuk kuliah, aku tataw kenapa tp sangat menensyenkan kepala aku , hal add drop subject, eiii sumpah macam bangang tahu! dugaan betol laa. siyes sampai satu tahap hampir menangis aku tahu !


sekarang ni aku cuba bertahan sedaya upaya and membina keyakinan utk menempuh dugaan yg lebih mencabar selama 4 tahun aku kat sini insyallah. ehh da kenapa skema ayat aku? haruslah skema sebab da jd student balik, muakakakak.

ok fine, lupa kan yg tu. hikhikhik


dekat sini aku selalu nyorok nyorok macam tanak bg member aku tu jumpa aku. kakahh sumpah lawak gilaa bila igt blk. sebab bila aku nampak je member aku ni terus zasssss aku larik sampai tersesat dan nasib baik jumpa kosmet aku . kakahhh nak d jadikan cite, satu hari tu, kosmet aku dok sebut ja nama member aku tu, tetiba terus jumpa dia kat booth apa tah. gila laa aku ta sempat nak pikir apa terus larik. kakahhh aku pon pelik kenapa aku malu? gila da kot aku ni, iskk sumpah jadi purple ijau pipi aku time tuh. iskk memang sukar d tafsir aku ni. hahahah



oke la tanak tulis panjang panjang, nak kemas beg nak blk kampung ! yaaabedaabeduuuuu ! jgn jeles k bai ! enjoys the pictures :))

gilaa wana wani sgt kan?

peta, senior aku yg hensem lukihhh, lawa kan sampai aku sesat ! sigh

pemandangan dari bilik aku, hari2 dgr org merempit, ambulans , polis. hurmmm

captionless

pkai sehari ja, pastu aku bedal selipar jamban ja senang kaki aku ta melecet

captionless

ika n aku

shikin gila kusyuk tido ! hahaha

aku gan ika, aku gediss sekian

my kosmet, n bestie
my rumet kat mamak area SOM

girlfriends

ASSALAMUALAIKUM =p

hai readers , awak mmg ohsem lahh. hahah 


PERHATIAN ENTRI MUNGKIN PANJANG DAN MEMBOSANKAN, PHOTO JUGA TIADA :D

oke hari ni aku nak cerita pasal girlfriends ( gf ) , haa jangan nak kuning sangat otak kau tuh, girlfriends sama dengan kawan perempuan tahu ? hang ta dak kawan perenpuan ke?  sadis sangat la, mesti bosan hidup kau . hahaha oke entry kali ni pasal gf, sok lusa bf pulak. miahahaha 


aku ada ramai gf, bestie aku kebanyakan nya gf, ada gak bf. tapi gf lebih ramai laa. aku suka dengan semua kawan kawan aku, semuanya sama saja aku layan ta dak lebih ta dak kurang , ADIL tahu ? hihihi 


kalau gf sekolah rendah, aku kawan dgn si gadis cantik nama shuds, dia mmg baik dengan aku. kampung sebelah ja. petang petang selalu gak aku pergi study group kononnye laah, parent dia baik sangat, mak dia kadang kadang goreng nugget, bg aiskrim walaweiii pergi melantak je bukan study punnnn hahaha. lepas tu kalau rajen kitorang g shuping (shuping la sangat budak budak lagi) kat kedai KAWAN . kedai kawan tu memang pemes tahu ! dia mesti beli banyak sgt barang sebab dia kaya , tapi aku tidak laa, aku ni mana ada duit. tapi dia baik . dulu dulu pensil kitorang mesti sama, PILOT tp kaler je lain. hahaha aku igt lagi oke. masa berlalu dgn pantas lepas UPSR dia pindah skolah. aku je ta pindah pindah. sob sob 



masa form 1 aku mcm terkejut berok sikit la dengan suasana baru, yela skolah menengah ta sama dgn skolah rendah. macam da matang skit kwn2 aku tapi aku je masih budak budak, miahahaha. ouh ya time ni jugak aku kenal seorang kawan aku (tanak mention nama). kitorang tataw pon rumah dekat dekat je, until one day kitorang dpt tahu kitorang decide nak dtg skolah sama sama nek beskal. so parent aku beli beskal. kayuh laa kitorang tgh hari panaih2 tuu sebab form 1 / form 2 sekolah sesi petang. suka duka suma kitorang harungi bersama (eiiyukkk) , ada satu hari tu, time balik skolah singgah kedai beli eskem traffic light, then terjumpa org gila pegang dia punya anu ! memang akutakot gila sampai trauma tamau p skolah nek beskal. tapi pergi gak sebab ta de sapa antaq T__T. alhamdulillah ta de papa berlaku esok dan hari hari seteusnya. now aku tataw dia masih anggap aku bestie lagi ke tak. HAHA dan aku ta kisah pon. 


ehh bukan ini yg aku nak crita sebenarnya, hahaha termengarut lak. aku nak crita pasal GF2 aku yg baik hati sudi keluar dgn aku sambut bday kononnya . hahakkk 


harini lepas g bank balik rehat sat kat rumah baru keluar g SECRET RECIPI . aku order newyork cheese cake, depa yg len ta ingat nama pulak. sumpahh ta abeh makan sebab melugai* . then kitorang g tasik saja lepak lepak sana naik buggy ride, korang tahu buggy ride? bukan bunggy jump oke ! pacek tu kata hanya yg ada lesen kereta sahaja boley bawak. so dorang bg aku je bawak sb aku bday girl walaupon dorang ada lesen. miahahahha memang susah nak handle la menda alah tu, stereng macam apa lagi, sedar ta sedar baru perasan napa aku kekok sgt, rupanya stereng sebelah kiri, keta kita ni stereng belah kanan. caihhhh



pusing pusing satu tasik, aku bawak mmg slow sebab kawan aku dok potpetpotpet cakap JANGAN LAJU WOIIII TERJUN TASIK KARANG ! aisehhhh tapi best laaa lepas buggy ride duduk kejap tepi tasek dengan angin sepoi sepoi mathematics, dgn photographer curi curi tangkap gambaq, dgn pasangan kapel ta tahu malu bdating .oke yg tuh abaikan. kami pon balik. 


GIRLS , IF YOU READING THIS JUST WANNA SAY , ILOVEYOU

REALLY ENJOYED OKIE !

JANGAN LUPA AKU , LEPAS P PARIS, MELBOURNE N GERMAN JANGAN LUPA AKU KAT US NI TAW ! HAHAHAHAH



p/s tengs wida bg adiah tu, mmg cantik aku da buh dalam keta bila drive tringat hang, maksud aku tragedi pokok ceri. oke jgn marah aku !

MERdeka + birthDAY + RAYA = MERDAYKA RAYA =P

ASSALAMULAIKUM  

hai kat awak, ala awak la yg tengah baca tu, isk malu lak dia kan ! hahakkk aku tahu hang tgh senyum sumbing kan? ehh mana ada aku tipu ! betul la ni, alaa kalau ta senyum pon, ko senyum fake sudah la. hahahakk


ehh kejap awak, kejap hang kejap ko ? ahh lantak laaa pedulik apa aku !

siyesly aku penat gila hari ni ! ni baru tgh berehat tu yg gigih tulis entry ni. sori kalau termengarut pape kan, biasala kalau tgh penant ni macam2 ley tulis ! hahahah ehhh ouhh ya lupa nak habaq kan ari ni (31 ogos laa) b'day aku taw! weee suka sebab ada org tu wish , mmg aku ternanti nanti gak dia wish aku, igtkan dia ta sudi wish hahaha ! 


aku buat b'day party skit, aku buat malam. actually bukan la b'day party macam omputeh tu, yg ada costume2 bagai tu, yg ada muzik huha huha tu, iskk tu barat sangat kot, kang kena tarbiah gan akim (my bestie) . hahahakk sorry akim, tengs for coming ! kem salam kak na , sorry ta dak tapau2 dan abeh . hahaha ehhh !


korang mesti ckp WAHHH BESTNYA BDAY HARI MERDEKA+RAYA PULAK TU ! tapi bagi aku sgt lah tak best ! sebab suma kedai kek tutup wesssss ! sadis ta sadis? nasib ada org sponsor kan kalau tak ta de la kek2 bagai ! hahahaahah 

weii dia tulis yoyo ! XOXO laaaa


kalau korang nak tau dulu kecik kecik time skolah rendah kebanyakan kawan2 aku sambut b'day kat skolah. dorang bawak kek ke jajan ke pastu time rehat je dorang wat party ! siyes time tu asa heaven gila wehh . kiranya suma mesti pernah wat skurang kurangnya skali la sepanjang 6 tahun skolah rendah tu, tapi aku? SEKALI PON TAK PERNAH OKE ! yela asal b'day aku ja mesti cuti ! macam mna nak buat wehhh . 




lagi satu, orang lebih sambut merdeka dari b'day aku, hahah jgn kata depa aku pon gigih countdown nak sambut merdeka , pernah skali tu aku terrlupa b'day so aku pon lena laa, aku kalau lena mmg off hp laa sebab ta suka diganggu , so pagi2 sok buka full msg ! gila laa lupa b'day sendiri. selalu aku kutuk drama lam tb je sebab mustahil lupa b;day sendiri. tapi bila da alami perkara yg sama , nahhh amik kau ! HAHAHA




oke la wesss, malaih tulis panjang2, sok nak p braya umah adik bradik yg len pulokkkk !


babaiiiiiii


p/s ceqal dilarang mengumpat !

weii nak raya dah hang tunggu apa lagi !

assalamulaikum =P



rindu caye tak? rindu kan? kan? tanak ngaku tak pa, simpan je, caye tahu awak awak dan awak rindu :PP lama kan aku ta update, 3 minggu lebih ni gara gara lappy aku la ! cistadakek betui, oke pasai tu malaih aku nk crita karang ilang mood aku nak raya sebab dok maki2 ja muahahahaha 




wei sedaq2 nak raya da sok lusa ni, aku rasa mcm baru semalam ja dok wish selamat bpuasa. tetiba sekarang nk wish selamat hari raya la pulak, iskk aku raya tahun ni macam biasa la always eksaited, HAHAH tapi eksaited lebih kepada raya kedua, ada apa dgn raya kedua? jeng jeng jeng! hang nak tau? hang pandai2 la teka. tak kan semua aku nak habaq, tak remaja la weii .


jangan men mercun woii 


aku tatiaw la nak kata apa, since nak dekat tarikh daftar nak masuk U aku makin gelabab sebah satu haram apa aku ta wat lagi, baik ptptn baik urus cop cop suma tu, kira senang cita satu hapa pon aku ta wat lagi kecuali shuping ja, so raya ni aku nak p beraya umah JKKK sambil sambil tu ley usha anak beliau yg hensem eh tak tak maksud aku, boley suruh dia cop pengesahan hehehe .




raya kali ni mcm biasa aku nak p beraya umah kawan kawan aku, so pagi pagi pas tlg apa yg patut mst aku pergi kutip duit raya umah kawan kawan aku, hehe yg tak blk kg jela, yg balik tu nak wat hape g umah beliau ta kan nak beraya makan periskis n whiskis kuceng beliau pulak kan?  pastu aktiviti wajib aku ialah skodeng balang kuih raya, aku juz makan kueh tart je, sebab tu ja pebret aku. walawehhhh meletuuppppps kuih tart nenas tambah tambah yg jem byk tu. kerlasstttt kau jah !


sedap kuih tart ni, kalau bg sepuloh balang pun aku bedal licin !


ouh yaaa, tadi masa aku g araustralia, muahahahah nak g carik tudung kat mak n tok aku, masa otw tu aku ternampak sebuah kereta eksiden ! baru ja eksiden maybe dalam 2 3 minit sebelum aku sampai sb polis apa pon tak g kat situ, perghhhhhh ! pecah berderai kereta dia, macam taon lepas tempat yg sama, eksiden jugak cuma beza taon lepas ujan renyai renyai time tuh. kesian wehh mati lembu tuh, lagi kesian kat tuan punya kereta sebab nk kena hantaq p repair wehhh, terbang duit raya anak beliau aku rasa :PP





oke sebelum aku melalut lebih panjang, aku dgn rasa rendah hati nak mohon maaf andai terkutuk termaki or ter apa apa jela dekat korang semua sempena hari raya ini, maafkan daku T__T aku hanyalah manusia biasa yg tak lari dari melakukan kesalahan. kadang kadang aku sendiri tak sedar apa yg aku buat, sama ada betul atau salah melainkan ada orang tegur aku, jd tegurlah aku jikalau ada salah silap. aku ta kecik hati, aku ta marah, aku tak maki , tegurlah dgn cara yg betul, jgn perli perli, hina aku itu mmg mengundang kemakian aku. raya ni jemput la datang rumah, aku buat laksa, diulangi AKU BUAT LAKSA . maknanya aku yg buat la, bkn jiran aku, muahahahha dtg rumah aku jgn lupa bawak duit raya utk aku, nak harap aku yg bg mmg tak laa, heheheh 




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 


P/S korang puasa penuh tak? 



ok chowwwwww

blog terbengkalai

salam

hai readers! lama aku tak post entry baru kan? bukan apa payah sikit nak on9 sb charger lappy aku rosak. nk beli on the spot x dapat la. kena order on9 . mau seminggu bru dapat. aku bru bayar deposit tadi. agak susah gak la xdak lappy. oke la aku post pon guna henpon cokia2 ja. mls nk type panjang2 .



choww dulu !

XOXO
Published with Blogger-droid v1.7.2

#WORD-sy x -LESS RABU-DAY

assalamualaikum readers !

saja je gedik try buat wordless wednesday ni, muakakakak layan je laaa 

kalau letak jagung manis banyak lg slurppppp

sedap gak kalau mkn dgn laksa 

lagi sedap kalau org blanja aku tutti fruitti !

chowwwww



1st day of ramadhan benar- benar menguji kesabaran

assalamulaikum 

amacam posa wehh? tadi berbuka makan lauk apa? ang jgn cakap makan murtabak, nasi ayam, bubur lambuk, bihun sup, kepsi bla bla bla tu bukan makan tu mentekedarah namanya! WAHAHAH jangan amik hati laa bulan ramadhan ni kena banyak bersabar ye dakk? 

captionless !


ni bukan cerita bulan ramadhan ni cerita beberapa hari sebelom ramadhan, aku nak g potong rambut sebab panjang, dia tanya aku nk potong mcm mana dengan dungunya aku ckp POTONG IKUT SUKA HATI JANJI LEY IKAT . perghhh memang dia potong ikut suka hati betoi wehhh TT_____________TT tobat aku ta p da kedai tu ! oke stop takat ni ja cerita ni, 

haaa bulan ramdhan ni kita kena banyak bersabar, contohnya tadi ada geng direct selling datang rumah aku nk promot apa benda tah, aku mmg malas nk layan sebab dorang ni jenis failed BM peringkat spm, 10 kali kau ckp pon dia ta paham.  macam taon lepas , bulan posa gak, siap mintak barang kemas tok aku lagi, MOTIP? nasib aku ada so aku call abah aku (masa tu dia g pasar ramadhan gan mak aku) terus dia blk umah, then dia face to face gan budak teros budak tu blah ! nasib baik ! 


wehh baru aku perasan entry aku ni merepek repek tahap kerepek, tajuk macam ta kena ja gan entry aku, cerita lintang pukang ! ghasak la, belog aku.  WAHAHAHAH harap bersabar yer ! tajuk pon soh bersabar kan, 

p/s hati hati, usus usus dgn DIRECT SELLING !



chowwww