salam,
penat seriously penat . minggu ni mmg menguji aku betol. da la got 2 esaimen to submit. satu da submit, tinggal satu lagi , Financial Accounting (FA) subjek yg paling paling paling aku ta suka. kalau ada kelas dia aku selalu ponteng tuto je aku pergi , punya la ta suka. aku kalau ta suka mmg mcm ni. bukan setakat subjek, org pon kalau aku ta suka aku wat bodo je. sebab tu aku susah nak benci seseorang.
2 3 hari ni mmg aku tido lewat pagi la semata mata buat FA ni. ingat senang nak cari detail dlm annual report ? bukan 1 tahun je, tapi 6 tahun . kau bayangkan setahun pon da terkebil kebil nak cari detail. da cari detail nak kena kira ratio setiap tahun. bukan sikit ratio, lecturer nak more than 15 kalau nak markah lebih buat 20 ! gila laa 20 darab 6 tahun? kau kira sendiri. malas aku.
thats why aku ta suka gila math, dulu kini dan selamanya . i hate maths . apa apa yg berkaitan dgn maths suma aku ta suka.
di tambah dengan demam lagi, susah gila aku nak berfikir dgn waras. tadi, kalau ikutkan hati mmg aku ta nak g tuto mikro, tapi aku gagah p jugak sebab nak bayar deposit baju yg kawan aku tempah. so alang alang tu p jela tuto . after tuto aku sambung wat FA kejap sementara tunggu klas lmt100. then trus balik bilik pukul 7 . mandi apa suma sambung lagi wat FA sampai sekarang. aku just berhenti sebab da pening kepala gila tahap babun . thats y aku buka blog. aku tataw nak ckp kat sapa. aku rasa suma ta paham situasi aku. baik aku tulis kat blog je, cakap gan dinding ke. kan senang.
apa aku merepek ni, hmmm kalau aku ada masalah mmg mcm ni pon. aku malas nk cita kat kawan2 , dorang lagi banyak masalah dari aku. ta pe laa.
ahhh lupa lagi, ada quiz nak kena jawab, deadline 2hb! mikro pulak tu. acano? buku ta hadap lagi. hancuss lagi la result aku. nasib la quiz bisnes com aritu dapat 90 % ! weeehuuu meningkat wei, adakah kerana encik SM ? hahah ouh ya beliau merupakan sumber inspirasi aku. (muntah hijau member aku kalau dia baca) hahahah
oke lah nak sambung wat FA , nak key in data pulak. then nak komen pasal prestasi company tu. menyusahkan betol .
nanti kalau kiter ada masalah kiter cite lagi kat awak. maceh awak sebab sudi baca. lap you !
chow!
0 org comel komen:
Post a Comment