review :: ombak rindu , best ke?

haii uols,


hari khamis ritu aku sempat g tgk wayang kat gsc QB. tengok OMBAK RINDU mmg sesuai la tgk kat QB pasal tepi pantai boleh berombak-ombak MUAHAHAHA. padahal ada esaimen nak kena submit JUMAAT tu, esaimen FA , kena wat financial statement pasal company. da laa susah sempat lagi buang masa berpoya-poya kat QB muahahahah, so after je kelas bisnes com g lunch kat Bakti Permai. then terus pecut g QB .

member aku mati mati ckp ta de sapa nak tgk ombak rindu, mesti sikit je. tgk2 full doh tiket. terpaksa jugak la guna tiket reservation, huhuhu nasibla kalau ta kena melangut kat depan skrin tu.hehehe

sapa sapa yg pernah baca novel tu mesti tertunggu-tunggu nak tgk , yg baca ta abeh mcm aku pon nak jugak tgk, yg ta baca langsung mcm rumet aku pon nak jugak jugak tgk. tapi tah la, cita ni bagi aku laa mengecewakan la. maybe pasal pilihan pelakon yg ta bapa sesuai dgn watak. LISA, as MILA should replaced by FAZURA i think. macek FAZURA aku rasa sesuai gila watak Mila , (Mila tu nama mak aku, mcm ta kena je watak jahat nama Mila. muahahah) Lisa oke la, so-so je. kadang-kadang aku rasa dia oke kadang kadang mcm over act pulak. scene dia marah-marah gila meroyan tu da bertukar scene lawak . aku dgn member and budak belakang aku asyik gelak je kalau part dia marah/meroyan.

eren ajis pulak kalau ganti dgn BOTAk JUVANA mesti aku la org pertama yg nak jadi watak IZZAH muhehehehe , tapi eren oke laa watak as HARIS . tapi kenapa tiap kali aku tgk dia, aku still terbayang SETH TAN watak dlm NORA ELENA tu. hmmm maybe pakaian kot. MAYA as IZZAH pulak aku suka sebab ta de kayu sangat, mcm member aku ckp la kalau watak izzah bg kat lisa kompem kaku je. tapi maya oke bawak watak tu, thumbs up laa. CUMA ! pliss laa tudung tu pakai elok2, anak tudung terkeluar macam budak darjah satu pulak aku tgk. mmg la izzah gadis kampung tapi pakai la elok sikit, maya da lawa pakai tudung. kalau la dia pakai tudung macam TIZ dlm nurkasih tu better aku rasa. mesti cun giler2.
cun kan, tapi tulaa anak tudung tu kalau kedalam oke lagi kut :)


aku tataw la sama ada aku gan member aku hati keras macam batu sebab ta de feeling or mmg jalan cite ni slow. mula mula bagi aku mmg agak slow sampai ngantok aku (member aku siap tertido agi) tapi part tengah2 tu da oke sikit laa. ada scene yg sedey, ada scene yg tegang, ada scene yg kelakar( yg ni byk), ada scene yg ehem2 (ta sesuai utk kanak2) so kalau nak tgk tu pliss, pliss jgn bawak budak kecik spoil mood org oke. tgh layan budak menangis. heloo macik kitorg bayar RM6 (student price) bukan nak dgr anak macek menangis.


so far, aku kasik rating 3/5 laa . rating tu aku kasi khas utk scene DOLLAH kata gila meroyan kat datuk sufiah. sumpah aku gelak berdekah2 dlm wayang tu. HAHAHAHAHA and utk ost filem ni, meruntun jiwa noks dgr adira n hafiz nyanyi.

bagi sesapa yg tunggu cite ombak rindu tu, yg jenis gadis cenggeng kuat nangis boleh la kot bawak tisu. bagi yg hati keras mcm aku, bawak popcorn jela sb takot ngantok pulak.

jgn terkejut kalau jln cite agak lain dari novel.

selamat berombak rindu dgn org yg di rindu :)

nanti korang citer lak kat aku best ke ta, or mmg aku ta reti nak beza kan antara best dgn tak best . teheee

2 comments: