kereta idaman gua tak lain tak bukan ! taraaaaa

dush dushh , amboi kau, kemain gelojoh . sabaq sat , biaq aku bernapas sat. tarikk hembus tarikk jgn hembus ! hahaha  oke siyes sikit .


hmmm bila bercakap pasal keta ni selalunya lelaki je yg amik port, pompuan jarang , tapi aku suka cakap pasal keta. woii aku bukan jantan oke. aku perempuan yg berjiwa kental ta main tangkap leleh oke ? teddy bear pon gua ta dak , can you afford? kalau gua ada pakwe, gua ta nak dia bagi gua teddy bear. baik belanja gua makan ke, shopping baju ke , riben ke , hahaha

tapi kental2 gua pon, hati gua kecik . gua ta pandai marah org kalau org kencing gua, paling kuat pon gua melalak je , sedey arr mcm ni. gua cepat kesian kat org, walaupon gua tahu gua selalu dipergunakan . ahh persetankan suma itu, gua percaya kalau gua ta balas insyallah tuhan akan balas. gua percaya  , gua percaya ! #muka serious


oke oke, apa gua melalut ni, bukan tadi cita pasal keta ka? asal pasal kencing kencing pulak ni. hmm gua memang macam ni asal dpt keyboard je mula la jadi cam ni. sabar yer nak sampai da ni .


sambung balik, gua memang suka bawak kereta , percaya atau ta? gua prefer manual dari auto . sebab gua rasa cool gila bila tekan klac ( abaikan ejaan, gua tataw nak eja mcm na janji korang paham natang pa ) and then tgn kiri tukaq gear sambil bersiul2 bajet retisss. gua selalu berangan tgh drift mcm dalam cerita fast and furious tu, perghhh lu ada? can you afford?


gua baru dapat je lesen P belom kompem lagi. gua dapat bulan April lepas . bila gua crita kat kawan gua mereka tidak percaya sama sekali sebab gua berani drive . well well kan gua cakap hati gua kental . haha gua nak masuk kelab lumba kereta tapi ta lepas syarat sebab lesen ta kompem lagi binawee betol. jgn memperlekeh golongan P macam gua boleh tak?


agak2 korang la kan , keta apa yg gua suka and tringin sangat2 nak drive??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.TARAAAAAAA 

cool ta weii ?

siyes gua jeles tgk member member gua yg drive myvi ni, sumpah ta tipu . gua berkenan sungguh dgn myvi ni. gua duk pujuk mama gua tukaq keta gua yg chevy tu dgn yg ni. bukan apa, senang kot nak cari sparepart . cm keta gua sekarang ni , mak aiii payah bebenor nak cari sparepart . arial( menatang apa tataw, yg panjang tu area ke arial ke lantak p la. janji hang paham ) radio patah , ta de barang ganti wei . kena order bagai , cermin gua yg depan tu retak pon ta ganti2 lagi. sebab nak order bagai . mahai pulak tu . binawei betol .

gambar sekadar hiasan , keta gua warna hijau pucuk pisang nak kuning gitu .
see? ta lawa kan ! bapak gua yg pilih ni, hmm pasrah . err bukan redha . kalau la abah aku baca , harap2 dia pertimbangkan nak bg myvi ke. second hand pon jadi la, third hand pon gua ta kisah even four five six hand sekalipon gua jalan ! kihkihkih


tapi kalau buleh nak warna ni la, boleh la abah ! plisssss kalau ada hello kitty lg oke ! omeynyaaaaa <3

anyonyo omeynyaaa ! malam ni nak mimpi myvi pink hello kitty laa :D


opss lupa lak gua final 3hb ni , da 3 paper berderet2 pulak tu minggu ni. stress sikit tapi gua masih mampu updates hahaha . oke doakan gua berjaya ! babai


p.s ober , sila komen yer, haha jgn SR sgt yer ober !


kita sahabat atau kawan ?

aduhh aduhh letih letih ! minggu depan final. 3 ari berturut-turut pulak tu paper aku . dgn carry mark aku sikit je. stress gua stress oke ! sapa cakap ta stress? apa yg blajaq, yg dlm buku suma tu bukan naik pon dlm exam . ta caya? hang p tny students USM sekarang. sekarang aku tgh pikir nak guna strategi apa . hmmmm sementara nak pikir tu aku sempat lg berjimba dgn member-member aku. aku lg advance blk kg awal sebelom study week . HAHAHA tadi pon aku keluar g tgk MISSION IMPOSSIBLE 4 , serious best . nanti2 aku review cita ni. ke korang nak aku review sherlock holmes? ke dua-dua sekali ?


dah lepas tgk tu opkos la lapaq yer dak? so g mkn bihun sup dulu. then jln2 shuping sikit (padahal ta beli apa pun, nak beli jersey tp lekeh al ikhsan ta jual jersey msia , halooo gua supporter msia k, bukan gua duk kat negara BANGLA , apa la ta menyokong langsung ! ) then lapaq kek pulak terus pecut g secret recipi . serious kek yg aku pesan haram ta sedap. sapa ckp chocolate n stroberi nice combination?? sumpah yerrkkkkkkk !


biasalah org perempuan ni kalau sembang ta de topik lain, mesti la bergosip je. HAHAHA then cita pasal lelaki , pasal study, pasal stress nak exam , pasal bla bla bla bla. memang seronok bila aku blk kg , sb ada ramai bestie aku . sebab tu aku ta suka duk lama2 kat usm , sepanjang sem ni mana pernah skali pon aku stay  kat sana, every weekend aku balik. sebab bila balik aku dpt jumpa kawan kawan baik aku kat sini, aku dapat luahkan masalah aku kat diorang . so far diorang la pendengar setia aku yg ta pernah mengeluh bila aku cita ! terima kasih kawan . andalah sahabat sebenar saya .


ada sesetengah kawan bila susah je cari kita, bila ada masalah baru nak msg kita, baru nak BBM kita, baru nak koling2 kita. time happy tgh huha huha haram nak igt kita . muka pon ta nampak apatah lg msg kan , kadang-kadang aku terpikir siapa aku dekat diorang yg layan aku mcm ni ? aku ta bernilai langsung ka? aku ni just kaunselor ta bergaji kah??


kadang-kadang aku ada masalah , cerita dekat diorang , tapi apa yg aku dpt? buat ta layan je. last last aku yg sakit hati . cukuplah sekali aku pernah rasa, mmg tak la aku nk cita masalah aku lagi kat org tu . time dia ada masalah punya lah kita tadah telinga dengar dia ckp bla bla bla siap maki maki, marah marah lagi. padahal kita ta terlibat langsung pon kena marah ? apa kes? tapi aku tetap setia jugak dengar masalah diorang, sebab aku ta nak buat menda yg sama mcm diorang wat kat aku .


dari apa yg aku cerita kat atas tu, korang mesti dpt teka sendiri siapa aku pada mereka kan? adakah kawan? tempat lepas masalah? cuba letak diri kita sebagai seorang kawan, adakah kita layak utk dilayan sebegitu?? helooo kita sendiri ada life, ada masalah oke. tapi kalau mereka hanya datang ketika ada masalah ja, itukah namanya SAHABAT? no ! itu kawan bukan sahabat, seorang sahabat tak kan buat macam tu ok. dia akan sentiasa setia disisi kita no matter what happen. kalau ada org gadoh gan kita sahabat la org pertama yg akan sokong kita , kalau kita sakit sahabat la yg akan tny keadaan kita, kalau kita sedih menangis ke apa ke sahabat la yg akan lap air mata kita tu, kalau kita tgh marah sekalipon sahabat jugak la yg akan cool down balik kita , and kalau kita tgh happy sahabat jugak yg akan sama2 gelak dengan kita !



sekarang aku happy sebab aku ada sahabat-sahabat yg setia bersama aku ta kira masa sama ada sedey mahupon happy. sebab tu aku selalu cuba utk jadi sahabat yg terbaik utk mereka. aku sentiasa layan mereka dgn baik sebab aku takot sgt kehilangan mereka . sumpah aku sayang mereka.


terima kasih sebab sentiasa tny aku balik kg ke ta tiap-tiap minggu , tny aku sihat ke ta , bg hadiah tiap kali bday , teman aku shopping , kongsi hobi yg sama , paham perangai aku mcm mana. thank you so much !



p.s cuba tny diri sendiri kita kategori sahabat yg mana satu ? peace no war !


babai

kehilangan itu perit tapi merupakan hakikat yg perlu kita tempuhi

salam ,

lama kan ta menulis? rindu tak ? hak hak ahhhaaaakkkk !

oke oke kelihatan gedis disitu. sebenarnya banyak nak cita, tapi satu satu la dulu yer dak?

tadi ada terbaca kat satu belog ni pasal kehilangan, ye kehilangan atau perpisahan. perpisahan ada dua , satu berpisah hidup dan satu lagi berpisah mati. aku da pernah lalui kedua dua perpisahan. sedih aku ta dapat gambarkan , sungguh aku tak tipu , orang yg pernah rasa kehilangan je yg tahu rasa sedih itu.


lumrah hidup la kan, setiap yg hidup pasti akan mati. setiap pertemuan pasti akan berpisah. kita ta kan dapat lari dari suma tu. kita kena hadapi jugak satu hari nanti.


berpisah dgn orang yg masih hidup ni lain sikit rasanya. contoh mcm berpisah dgn mak ayah sebab nak sambung study ke, broke up dgn pakwe ke, dan macam macam lagi laaa. tapi kita still ada peluang nak jumpa orang tu lagi kan walaupon berpisah? tapi kalau berpisah kerana mati? kita ta kan berpeluang nak jumpa , bercakap atau meluahkan perasaan kita dah. masa tu barulah menyesal sebab kita ta pernah ckp yg kita sebenarnya syg sangat kat dia. baru lah menyesal sebab masa hayat dia kita asyik buat dia kecewa, sedey dan macam2 lagi kan? tapi semua tu ta kan kembali ke asal da. menangis siang malam pon dia ta nkan kembali dlm hidup kau.


sebab tu kita kena hargai setiap org yg pernah hadir, atau masih hadir dalam hidup kita. kita kena hargai kalau ada org sayang kita. walaupon orang tu bkn la taste kita ke, selalu buat kita rasa menyampah ke . tapi sekurang kurangnya kita tahu dia sayang kita, salah kah kalau kita layan org yg syg kita dgn baik baik even kita ta suka dia? ta salah aku rasa. cuba bayangkan satu hari nanti org tu da pergi buat selama lamanya? masa tu baru kita nak rasa kehilangan dan menyesal sebab layan endah tak endah je.



aku sendiri pernah kehilangan org yg aku sayang. tok ayah aku ! dia baik dgn aku, aku gan family tinggal skali dgn tok ayah and tok aku so kami mmg rapat. sekarang pon aku tido gan tok aku. kadang-kadang aku teringat masa kecik-kecik dia selalu bawak aku g jalan-jalan kat sekitar kampung, beli mainan, baju kadang kadang tu. sekarang? semua tu dah ta da. even dia ta sempat nak tgk aku masuk U pon. malam sebelum dia eksiden tu aku mcm ta layan dia ckp gan aku sb aku letih . tido awal, selalu nya aku sembang dgn dia. esok pagi aku terkejut dpt berita dia eksiden depan sekolah aku. masa tu aku tgh tunggu result SPM.


aku tataw apa perasaan aku masa tu, macam tak percaya! sebab semalam tu aku baru nampak tok ayah aku. seminggu dia koma. then meninggal. aku mcm blur blur , mcm tak percaya. sebab berlaku begitu pantas. pernah jugak sekali tu aku ckp , ehh tok ayah ta balik ke ? pastu suma org pandang aku. baru aku sedar . hmmmm


walau macam mana rindu pon kita kat arwah, kita ta kan dpt jumpa dia lagi.kalaupon ada org yg dapat gantikan tempat arwah tapi ttp ta dapat gantikan kasih sayang aku dekat arwah. aku kalau sayang mmg sayang betol2, tapi kalau da benci mmg aku benci sungguh-sungguh sampai muka pon ta nak tgk. sebab tu aku payah betol nak benci org . sapa yg pernah sakitkan hati aku, yg pernah buat aku menangis , yg pernah buat aku kecewa, yg pernah luka kan hati aku satu ketika dulu, yg tikam belakang aku sampai sekarang aku ta boleh tgk muka diorang. maaf, aku bukan nabi . aku ta mampu nak maafkan. tapi aku cuba utk memaafkan diorang. mungkin amik masa. aku harap masa tu akan tiba.


hmmm aku terlalu emo mlm ni. maaf. saja nak crita perasaan aku kat korang. korang kan rajin baca cita aku. terima kasih sebab baca yer. syg korang . esok esok saya tulis lagi. tunggu yer :D



p.s encik superman, kalau saya suka saya ta kan bagitahu awak. saya tunggu satu hari nanti kalau saya berani saya bagitahu la. itu pon KALAU BERANI ! MUAKAKAKAKAKA

susah sangat ke nak ucap TERIMA KASIH ?

haii,

kadang-kadang kita ta pernah terpikir langsung utk ucap terima kasih kat orang sekeliling kita. kat macek kantin, macik cleaner ke, kawan kawan, ibu bapa, boyfriends , girlfriends, dan sebagainya. sedangkan perkata tu sangat simple dan mudah nak ucap.

pernah ta kita ucap terima kasih utk kawan kita yg susah payah tlg belikan roti utk kita supa kita ta kebulur? walaupun nampak simple, tapi ada jugak manusia yg ta reti2 nak ckp THANK YOU.

pernah ta kita ucap terima kasih kat kawan kita yg susah payah kehulu kehilir cari/belikan apa yg kita nak?

pernah tak kita say sorry kat kawan kita masa ta jawab call dia yg sangat penting? or text dia lepas tu tanya balik kenapa call? sebab tadi ada hal bla bla bla ? pernah?

masing-masing ta pernah. cuba laa ubah sikap kita tu sikit. lepas ni kalau jumpa je macek cleaner yg tlg cuci jamban utk korang cuba say TENKIU MACEK . kan senang.

teheeeee ,

oke laa short entry je utk kali ni, ta larat nak menaip panjang2 , telan ubat batuk tadi so mata pon kuyu jee. aku pon tataw kenapa kalau aku demam susah gila nak lega. kalau lega minggu depan tu mst demam balik. haaiihhh maybe demam rindu org jauh kot. MUAHAHAHA ehhh takk , kiter je asyik igt dia 24jam. dia?

wake up baby !

pernah tak korang rasa sedey? jeles? sakit hati? dan lain lain lagi?


tipu kalau ta pernah, aku tgh sedey gila ni. sedey dan rasa jeles ! kenapa aku jeles sedangkan dia bukan sapa sapa dlm hidup aku. aku ta layak nak jeles! tapi sumpah aku jeles. so aku bawak diri p pantai seagate dinner kat situ. mkn satay, sotong goreng tepung , nasi paprik.

best layan ombak tepi pantai, macam ombak rindu. ombak yg beralun tu mcm hati aku yg tgh berduka . tidaaak ! gua hati kental, gua ta layan suma ni. gua kena kuat !

macam mana gua boleh tercicah sotong goreng tepung gan kuah satay . member gua da gelak berdekah dekah sampai nak terr semboq satay. gua malu kot. nampak sgt pikiran gua melayang layang. actually sedap gak cicah gan kuah satay.


semalam gua pergi kenduri khatan sepupu gua. gua tukang kira duit dia je. muahahahah byk kot duit dia. kenduri pon grand ta nak kalah org kawen. yg ta bestnya suma pakat perli aku, nak mkn nasi minyak aku. gua da blushing . mak ngah gua asyik kata je, abah gua da plan nak wat kenduri macam mana n 3 ekoq lembu. apa igt gua nak mnega ka sampai 3 ekoq lembu. aihhh ni yg gua ta suka pergi mkn kenduri ni. mencik ahh camni. gua kena bahan kot . bapa kali dah gua kena bahan.


kadang kadang gua layan je, gua ckp je. ha ah calon ada dah why not wat kenduri . hahahah tapi alih2 gua kena blk. dorang meneka calon gua pulak. dorang suka skodeng pesbuk gua. eeeiiii gua kena carik strategi baru ni. hmmm

apa gua merepek ni, ahh lantak la gua pedulik apa. gua nak tulis yg lain tapi tertulis yg ni pulak. lantak laa. korang baca jela. teheee

oke la gua nak baca utk debate esok. gua kena opponent pulak. doakan gua !
ni kat pantai seagate , sesuai nak layan perasaan :)


salam :)

review :: ombak rindu , best ke?

haii uols,


hari khamis ritu aku sempat g tgk wayang kat gsc QB. tengok OMBAK RINDU mmg sesuai la tgk kat QB pasal tepi pantai boleh berombak-ombak MUAHAHAHA. padahal ada esaimen nak kena submit JUMAAT tu, esaimen FA , kena wat financial statement pasal company. da laa susah sempat lagi buang masa berpoya-poya kat QB muahahahah, so after je kelas bisnes com g lunch kat Bakti Permai. then terus pecut g QB .

member aku mati mati ckp ta de sapa nak tgk ombak rindu, mesti sikit je. tgk2 full doh tiket. terpaksa jugak la guna tiket reservation, huhuhu nasibla kalau ta kena melangut kat depan skrin tu.hehehe

sapa sapa yg pernah baca novel tu mesti tertunggu-tunggu nak tgk , yg baca ta abeh mcm aku pon nak jugak tgk, yg ta baca langsung mcm rumet aku pon nak jugak jugak tgk. tapi tah la, cita ni bagi aku laa mengecewakan la. maybe pasal pilihan pelakon yg ta bapa sesuai dgn watak. LISA, as MILA should replaced by FAZURA i think. macek FAZURA aku rasa sesuai gila watak Mila , (Mila tu nama mak aku, mcm ta kena je watak jahat nama Mila. muahahah) Lisa oke la, so-so je. kadang-kadang aku rasa dia oke kadang kadang mcm over act pulak. scene dia marah-marah gila meroyan tu da bertukar scene lawak . aku dgn member and budak belakang aku asyik gelak je kalau part dia marah/meroyan.

eren ajis pulak kalau ganti dgn BOTAk JUVANA mesti aku la org pertama yg nak jadi watak IZZAH muhehehehe , tapi eren oke laa watak as HARIS . tapi kenapa tiap kali aku tgk dia, aku still terbayang SETH TAN watak dlm NORA ELENA tu. hmmm maybe pakaian kot. MAYA as IZZAH pulak aku suka sebab ta de kayu sangat, mcm member aku ckp la kalau watak izzah bg kat lisa kompem kaku je. tapi maya oke bawak watak tu, thumbs up laa. CUMA ! pliss laa tudung tu pakai elok2, anak tudung terkeluar macam budak darjah satu pulak aku tgk. mmg la izzah gadis kampung tapi pakai la elok sikit, maya da lawa pakai tudung. kalau la dia pakai tudung macam TIZ dlm nurkasih tu better aku rasa. mesti cun giler2.
cun kan, tapi tulaa anak tudung tu kalau kedalam oke lagi kut :)


aku tataw la sama ada aku gan member aku hati keras macam batu sebab ta de feeling or mmg jalan cite ni slow. mula mula bagi aku mmg agak slow sampai ngantok aku (member aku siap tertido agi) tapi part tengah2 tu da oke sikit laa. ada scene yg sedey, ada scene yg tegang, ada scene yg kelakar( yg ni byk), ada scene yg ehem2 (ta sesuai utk kanak2) so kalau nak tgk tu pliss, pliss jgn bawak budak kecik spoil mood org oke. tgh layan budak menangis. heloo macik kitorg bayar RM6 (student price) bukan nak dgr anak macek menangis.


so far, aku kasik rating 3/5 laa . rating tu aku kasi khas utk scene DOLLAH kata gila meroyan kat datuk sufiah. sumpah aku gelak berdekah2 dlm wayang tu. HAHAHAHAHA and utk ost filem ni, meruntun jiwa noks dgr adira n hafiz nyanyi.

bagi sesapa yg tunggu cite ombak rindu tu, yg jenis gadis cenggeng kuat nangis boleh la kot bawak tisu. bagi yg hati keras mcm aku, bawak popcorn jela sb takot ngantok pulak.

jgn terkejut kalau jln cite agak lain dari novel.

selamat berombak rindu dgn org yg di rindu :)

nanti korang citer lak kat aku best ke ta, or mmg aku ta reti nak beza kan antara best dgn tak best . teheee

something about . . . . .

salam,

penat seriously penat . minggu ni mmg menguji aku betol. da la got 2 esaimen to submit. satu da submit, tinggal satu lagi , Financial Accounting (FA) subjek yg paling paling paling aku ta suka. kalau ada kelas dia aku selalu ponteng tuto je aku pergi , punya la ta suka. aku kalau ta suka mmg mcm ni. bukan setakat subjek, org pon kalau aku ta suka aku wat bodo je. sebab tu aku susah nak benci seseorang.

2 3 hari ni mmg aku tido lewat pagi la semata mata buat FA ni. ingat senang nak cari detail dlm annual report ? bukan 1 tahun je, tapi 6  tahun . kau bayangkan setahun pon da terkebil kebil nak cari detail. da cari detail nak kena kira ratio setiap tahun. bukan sikit ratio, lecturer nak more than 15 kalau nak markah lebih buat 20 ! gila laa 20 darab 6 tahun? kau kira sendiri. malas aku.

thats why aku ta suka gila math, dulu kini dan selamanya . i hate maths . apa apa yg berkaitan dgn maths suma aku ta suka.

di tambah dengan demam lagi, susah gila aku nak berfikir dgn waras. tadi, kalau ikutkan hati mmg aku ta nak g tuto mikro, tapi aku gagah p jugak sebab nak bayar deposit baju yg kawan aku tempah. so alang alang tu p jela tuto . after tuto aku sambung wat FA kejap sementara tunggu klas lmt100. then trus balik bilik pukul 7 . mandi apa suma sambung lagi wat FA sampai sekarang. aku just berhenti sebab da pening kepala gila tahap babun . thats y aku buka blog. aku tataw nak ckp kat sapa. aku rasa suma ta paham situasi aku. baik aku tulis kat blog je, cakap gan dinding ke. kan senang.

apa aku merepek ni, hmmm kalau aku ada masalah mmg mcm ni pon. aku malas nk cita kat kawan2 , dorang lagi banyak masalah dari aku. ta pe laa.

ahhh lupa lagi, ada quiz nak kena jawab, deadline 2hb! mikro pulak tu. acano? buku ta hadap lagi. hancuss lagi la result aku. nasib la quiz bisnes com aritu dapat 90 % ! weeehuuu meningkat wei, adakah kerana encik SM ? hahah ouh ya beliau merupakan sumber inspirasi aku. (muntah hijau member aku kalau dia baca) hahahah

oke lah nak sambung wat FA , nak key in data pulak. then nak komen pasal prestasi company tu. menyusahkan betol .

nanti kalau kiter ada masalah kiter cite lagi kat awak. maceh awak sebab sudi baca. lap you !


chow!