errrr STPM ni susah ka wei? tak pon laaa :))

salam uolss!


hello, apa khabar? tetiba skema*

ehh stpm da start exam kan? gud luck buat adik adik junior skolah aku yg amik xm taon ni. buat elok elok, contohilah kakak ! *TETIBA! muahahahah

ramai yg kata stpm ni susah, yelaa mmg la susah. sapa nak bg kau exam senang senang. sapa nak bg kau soklan 2+2 = ? budak tadika pon ley jawab. standard la soklan susah dgn umo kau yg 19 tahun tu. hahaha

elehh senang la ckp sb aku da lepas kan? hahahaha ta dinafikan mmg aku mula mula pon dok pertikaila napa susah gila beby kan? tapi tu laaa , cuba kau pk blk. dgn result stpm ni kau ley apply degree ok? DEGREE bukan diploma lagi da. so standard la susah maaaa.

semalam, junior aku msg aku ckp susah gila paper PAM . sampai ada yg nangis pas kuar dari exam hall tu. ada yg ckp bahagian graf tu susah gila, ta sempat buat la. ada kata bahagian e naik jadual dua dua. bla bla bla bla.

=.='

nasib baik time aku agak senang (err susah gak) . tapi satu pesan aku, walau susah mcm mna pon, ta ley jawab ka , ta sempat jawab ka, bila kau keluar je dari exam hall tu kau jgn pkir lagi da paper tu . fokus paper yg akan datang pulak. jangan terlebih rajin p check jawapan. bukan apa, nanti bila check tgk2 salah pulak jawapan kita, terus down or kecewa sampai lupa esok ada lagi paper nak kena jawab.


lagi satu study tu biar smart bukan study hard. kau baca buku tebal tebal sampai ta tido mlm pon tapi kalau setakat hafal ta paham pon ta guna dik oi. tapi cuba paham insyallah kau ta sempat baca pon kau ley ingat nanti point tu. jujur la aku ckp, aku malas nak p sekolah, nota pon harap org, kalau cikgu tu ta paksa mmg aku ta buat la. buat apa aku buat nota sedangkan aku salin je dr buku text. baik aku baca terus jimat dakwat pen aku kan? tapi alang2 da kena paksa aku buat jugak nota. tapi nota aku mmg kemas laa. susun ikut bab bhaii kau ada? hahahaha ehh cita pasal nota pulak. aku nak cita pasal menda lain td. dah lupa pulak apa aku nk cakap. sat aku refresh balik, huhuhu

igt sampai mati, STUDY SMART !

haaa aku nak cakap, study smart, kau carik la soklan past year. kau tgk cara dorang gubal soklan tu mcm mna, tgk gak skema jawapan. utk PP aku just harap 100% dari soklan past year je. dari tahun 1998 kot sampai la 2008. nasib baik soklan ulang ulang je. muahahahha aku suka jawab pp ta payah serabut otak hapai mcm sejarah. hahahah

time jawab sejarah dua aku igt lagi, aku buka je soklan tu. trus nangis, bukan nangis terharu tau. tapi nangis tataw nak jawab apa. sedey tak wei? seumur hidup aku dari UPSR sampai SPM aku ta pernah nangis jawab exam. walaupon paper add math time spm dulu pon aku ta nangis. sumpah aku down gila tgk paper sejarah tu, mmg aku igt nak repeat daa, kompem2 aku igt failed! sebab satu je aku ley jawab yg len totally hentam ikut apa yg aku nak bedal tulis je., tapi heran jugak bila kuar result dapat A. ehhh pelik !

tu laa aku da ckp, even kita pikir kita ta ley jawab, or ta sempat jawab ke. jangan down . jgn sedey. mana tau nasib kau mcm aku dapat A . HAHAHAH  tips yg paling penting sekali nak jwb stpm. JANGAN TINGGAL KOSONG , TULIS JA APA PON. YG PENTING JGN TA JAWAB !


adik adik, buat elok elok, akak kamu yg kiut ni tunggu kamu suma kat sini. nanti akak letak doa yg akak amalkan dari dulu sampai sekarang, oke? dah dah jgn stress k? FOKUS !


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul 
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, 
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang - 
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


maaflah, tataw macam mana nak tulis jawi guna keypad kat lappy ni :))



oke tata

perempuan harus tahu pasal kereta !

salam uolss!


wei weii aku eksaited gilos sb my fav blogger TIARA FAZLIN komen kat entry aku ! mau lompat bintang aku wei. aku mmg suka blog dia. sumpah aku ketawa terbahak bahak bila baca entry dia. mmg lawak ! da la comel . auwww sila menangis terharu yer tiara :DD

oke oke, sebelom aku melalut lebih panjang, aku nak mintak maap dulu sb lama gila ta menaip. aku mmg busy gan midterm, quizzes and so forth. malam ni midterm financial accounting, satu haprak apa aku ta baca. yg aku taw buka FB je. tu je yg aku tahu. muakakakaka ta pe la aku nk tulis laju2 pastu japg aku sambung scan buku text. huhu tu la yg aku amalkan dari awal sampai skang ni.

mula mula aku da cakap ta nak blk minggu ni sb nak study la kononnya. tup tup keta aku pulak rosak. temperature naik , air kering. aku kol abah aku dia kta tungu dia mai sini je sb dia pon ada hantaq keta dia kat sini utk servis . aku ckp nk blk servis kat kien je. so aku pon kelam kabut msg senior satu kg ajak dia teman aku blk. takot nak drive sorang2.

esok tu aku bawak keta p servis tukaq minyak hitam, cuci tangki air. kosnya rm150++ gila laaaa. mau bankrap aku nasib guna duit mak aku. muahehehe siap lebih kurang pukul 4 ptg. then masa nak test coolent tu aiq keep keluar even da tutup. mekanik tu kta penutup coolent tu rosak. tapi barang mmg ta dak. ada stok keta proton, kancil je. dia da kol suma kat area jitra tu. HAMPEH ! dia suruh aku pergi AS , cari sana . kedai tu besar la jugak . mungkin ada sparepart utk keta aku tu. MUNGKIN !

ari AHAD pg tu aku p la gan mak aku, gila la temperature naik . aku kelam kabut berhenti kat tesco ! buka je   bonet depan tu berasap keta ! bangang laa. da la aku nk blk penang . da shuping pe suma aku pon taruk aiq harap sgt la sempat g kedai keta tu. p dgn harapan pulang dgn hampa! kedai tu ta dak sparepart weii dia kata kena order pulak. kebetulan ahad kedai ttp kalau order pon dpt selasa. gila ! dia suruh aku p service centre, nasib baik dekat je.

mula mula aku sampai kuciwa gak la sb dia kata barang ta da. kena order. aku pon da masuk dalam keta siap nak reverse daa. then ada abg ni ckp !

ADIK !! TUNGGU NAK PENUTUP COOLENT KE? ABG ADA SIMPAN SATU.  TINGGAL SATU JE!

aku pon melompat lompat keriangan tapi dlm mimpi jela. gila ke nak lompat tgh hari macam tu. mau orang igt aku gila.

peace yawww! saya dapat jugak penutup coolent ! weehuuu kini saya gumbira =)

oke lah, moral of the story PEREMPUAN HARUS TAHU PASAL KERETA. kenapa? sebab ta kan nak harap kat laki je (bapak kita, abg kita, adik laki kita, boyfriends kita) bila keta kita ada masalah , bukan tiap-tiap masa dorang ada gan kita. nasib baik aku ada kawan perempuan yg tahu gak serba sedikit sal keta ni. ta da la aku cuak bila keta aku buat hal time driving dlm campus ritu. nasib jugak la mak aku tahu serba sedikit sal keta. ta da la kena tunggu abah aku blk keja/cuti nak g servis kan?

well gurl, korang kena amik tahu la atleast skit2 pasal keta. jgn dumb sgt. betol ta?

oke laa aku nak baca buku ni, kawan2 doa aku ley jawab mlm ni. errr mlm ni final MALAYSIA vs INDONESIA! jum pakat2 pakai jersey msia weii ! biaq member indonesia dlm kelas aku tu  gabra sikit ! muahahahaha mlm tu da kena boo kalah , mlm ni boo dlm examination hall jelaa :(


oke tata titi tutti fruiti :))

OST ombak rindu best gila siot !



haaa best kan?
rasa macam nak p tgk kan?
rasa sedey kan?
rasa macam macam kan?

haaaaaaa apa tunggu lagi cepat wat ringtone ! miahahaha


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

sedey kan irik dia, lirik yg aku highlight tu aku suka sangat . tetiba aku teringat seseorang, walaupun dia hanya cari aku time duka, tapi aku ttp suka sb atleast dia ingat aku =)

oke lahh nak layan lagu ni jap ! sampai pecah sound lappy dok ulang lapanpuloh kali lagu ni. miahahahah


LAYAN 

chowww 

kerja berkumpulan yg end up jadi keja individu. WTF

hai uols, apa kbar. mak sihat je nokss. ehh ehh tetiba jadi lalala pulak. hahahaha

uols mesti pernah kan dpt task berkumpulan? bohong la ta pernah, sekali seumur hidup pon ta kan ta pernah kan? pernah tak terjadi kerja berkumpulan tp end up with kerja individu? SELALU kan? bengang tak bengang? sebab kita pon ada banyak lagi menda nak kena setelkan. kerja berkumpulan ni boleh menyenangkan and kadang kadang mendatangkan bala. aku ta tipu, seriously!

kalau uols dapat team members yg baik, sama sama bg komitmen, sama sama buat keja dgn teratur and bla bla bla mmg huntong sesangat laaa weii. tapi kalau dpt team member yg batang hidung pon ta pernah nampak haa ini yg dinamakan bala !

aku tak nafikan kehidupan kat U ni mmg ta ley lari dari esaimen berkumpulan. ada yg group lect yg tentukan. ada yg boleh pilih. haaa yg lect tentukan ni yg bala. sb kita tataw perangai diorang macam mana. kalau kita pilih, for sure kita akan pilih member yg boleh dipercayai yer noks?

kat sini aku nak tekankan satu menda laa, tolonglah bagi kerjasama and tolong team members korang, jangan biarkan dorang buat sorang2. kau tak rasa apa apa ke, bila markah esaimen dpt sama tapi kau ta menyumbang apa apa pon waima peluh setitik pon. sedangkan maybe dia terpaksa koraban kan masa utk study semata mata nk siapkan esaimen tu !

opss maaf terlepas kemarahan pulak kat sini. aku bukan apa, aku tamau lagi da kerja berkumpulan tp end up jd kerja individu. cukup2 laa takat apa yg aku da lalui.  oke laa nak tido sebab td bz berjalan gan bestie. nak taw kami p mana? nantikan entry seterusnya (mcm telenovela pulak)

bye


chowwww

ehh nak raya dah ke?

assalamualaikum sahabat sahabat ku :DD


alhamdulillah selamat samapai ke kampung halaman setelah seminggu ta balik. mukakakaka sebenaqnya tiap tiap minggu aku balik tahu? tu pon masih homesick gila. entah pape je. ouh ya, tadi aku ada mid term introduction to management. pukul 3-5 petang jadah apa aku nak balik raya woii buat exam boleh. tapi ku gagahi jugak la utk study apa yg patut. TAPI  like siyesly aku baca ta masuk otak pon sebab dok pikiaq nak balik ja ni. tamau raya diperantauan. huhu

maybe sebab tu kot aku ta dapat offer study luaq negara, karang aku nangis ta berlagu pulak mengenang nasib di perantauan. hahaha tadi first time jugak la aku drive dari penang ke kedah. keluaq dari hall pukul 4.20 pm terus choww keluaq dari usm terchenta ikut pintu sungai dua terus naik ke jambatan. huahua selamat jugak la ada member teman balik. ta dak la cuak balik sensorang. HAHAHA

masa nak hantaq member aku tu balik kat kuala kedah, hujan mak aiii lebat nak mampos, memang ta nampak jalan. aiq bertakung atas jalan sampai satu tahap keta macam nak mati enjin. ya ALLAH aku cuak gilababy time tu, macam macam aku pikiaq. tapi aku teruskan jugak sampai naik jambatan keta tersemput semput. dalam hati macam nak nangis jaa, bukan apa takot enjin mati pastu undur ke belakang. isk member aku pon cuak semacam siap ta bg aku blk sensorang sebab dia risau jadi papa kat tengah jalan. tapi aku cakap laa tak pa sebab kalau aku stay nanti sampai umah aku lewat pulak. lagi bahaya. alhamdulillah aku selamat sampai kat rumah.

sampai sampai ja rumah mak aku ckp baju raya dah siap ! sumpah eksaited ! hahaha lps tu aku ajak mak aku p amik, sambil tu shopping barang raya. macam biasa mak aku suruh aku buat laksa, tahu la aku buat sedap oke fine aku iyakan jelaa. hahahah singgah makan cendol gan mee goreng. sampai ja rumah aku try la baju raya , WEIIII AWAT LABUH SEMACAM TA TANGAN BAJU TU, KE TANGAN AKU MAKIN PENDEK ! EEEIIIII geram weiii, da la polkadot tuu lawa oke baju raya aku.

oke laa weiii aku pon da melalut p cita pasai baju raya. esok la aku tulis lain. mengantuk pulak. haihhh pape pon layan fesbuk jap.


kepada si dia :: jgn buat ta tahu yg aku suka kat hang. HAHA ehh tak tak , aku da ta suka hang laaa. oke tata :DD

kecewa

hai kawan kawan. maaf lama ta post. tak da idea and busy with esemen, report and test as well. jumaat ada test tapi aku still x study . aku kena korban masa study semata-mata nak siapkan esemen and report. tak pa la. aku memang suka bekorban untuk org lain pun .


btw aku update ni guna hp saja gedik tamau guna lappy so paham2 jela yer.


eh baru perasan tajuk blog kecewa tapi intro mcm tadak kena mengena gan content. kalau tulis karangan sure pendahuluan aku ta dak markah. eh melalut lagi.


entahlah kenapa tetiba aku rasa kecewa. kecewa bila aku taw si dia suka org lain. walaupun sebelum ni aku tahu memang dia suka gadis itu la ini la, tapi tak pulak aku kecewa. bila semalam aku tahu dia suka gadis lain tetiba rasa kecewa. kenapa??


sebelum ni rasa eksaited nak jumpa dia, tapi sekarang da rasa mcm malas nak jumpa. malas sebab takut aku nampak mcm kecewa dpn dia. malu dohh. aku kan pemalu. motif??


arghh lantak p laa. life must go on. panjang lagi perjalanan aku. mana tahu jumpa yg lagi baik. tapi so far dia yg terbaik aku rasa. aku tak kisah dia hensem ke tak, kaya atau miskin, berpelajaran or tak. janji aku da suka dia aku terima semua seadanya.


aku tahu lelaki mcm dia ramai org suka sebab dia easy going person,semua org senang dgn dia. da lama aku suka cuma aku tak admit. sebab aku xpasti . yela perasaan cepat berubah. tapi makin lama xberubah pun perasaan aku ni. aihh pelik !


okelah aku malas nak tulis lagi, baik aku tido. Tak cukup tdo. esok free class is cancel so bley kaver tido. eh tak boley nak kena study supaya pandai mcm awak ! awak sumber inspirasi saya untuk study. 


babai si kacak dan si chantek !


choww !!


Published with Blogger-droid v2.0