kekasih baru aku





ya salam kawan kawan . amboi pengaruh Ali Setan betul . mentang mentang tgh hari td tv3 tayang kan . gua minat betul dgn Reza tu hensem masa muda muda gituu sekarang pun maintain ja gua rasa . haaa


ehh gua baru perasan lah ! belog da bertukar wajah ehh? ke gua je ta tahu ? terkedek2 gak td nak cari button new post . haa tu la gua baru balik bertapa cenggini la jadi nya . sedar ta sedar da lebih sebulan kot gua ta post apa2. Fokus setadi kekdah nya . HAHAHA


gua baru je abes final . sekarang gua kat rumah . ta tahu nak buat apa . nak layan euro pun Germany ta masuk final pulokkkk. so gua sokong espana ! VIVA LA ESPANA !

haaa tgk kereta VIVA tu . bangga ta perodua? 


iskk apa aku merepek ni dari perenggan pertama sampai kesini satu pon ta masuk . tak dak kena mengena lak tu . 


gua nk cerita yg gua ada buah hati baru . mama gua belikan utk gua . comel gilooooo sampai gua ta berani nak pegang . menjerit jerit gua masa nak tukar bekas tempat tido dia tu haa. 

haii saya la wonderpets tuu . sedap pulak makan daun buluh ni terasa mcm panda pulak . ke mak i spesis panda?? 


haaa ni laa buah hati pengarang jantung iols yg baru . yelaa sejak iols kuciwa dgn seseorang ( wahh gitu statement ta nak kalah propa ja weiii ) ni la pengubat hati iols. kebetulan ada pun JANTAN jaa nak ta nak kena amik gak . nk sepasang pun betina ta dak . so iols ta nak dia gay biarlah dia sensorang layan perasaan gan iols jah . so far iols tataw nak kasik nama apa . buntu ! gua buntu . gua nak nama yg rare gitu . ABU ? ALI ? ermm buntu .


gua tataw kenapa dia nak sangat mkn daun buluh tu . makanan dia ta nak sentuh pulak . iskk dia ni perasan panda ke apa . split personality kah ? gua ta silap beli kan? risau pulak . 


ohh yaa nak jimat punya pasal gua letak dalam sangkar hamster gua yg mati tu haa. kecik la mcm ta padan gan guinea babi ni pulak oppsss guinea pig. so gua calling2 bapak gua suruh beli sangkar . bapak gua kata ta payah sangkar buat ja rumah terus. amboii perli tiawwwwww. 


aku tataw kenapa tp aku takot gila nk pegang dia. ta mcm hamster berani pulak aku . mungkin sebab kecik kot. padahal owner tu kata dia ta gigit . tp klo hamster mmg ngap laa. itu aku setuju!  mak , tok , kwn2 aku berapa kali da berdarah kena gigit . aku ja ta pernah2 kena gigit . haha RIAK pulak .


oke lah wehh gua nk sambung usha kekasih hati gua ni . gua nk tgk dia ramal spain ke italy menang mcm Paul tu haa. untung2 masuk tb3 . hahaha 


p.s kasik nama pelisssssss 











johan asari dan running man . DAEBAK !

assalamualaikum =D


terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ampun dan maap kerana sudah lama tidak ketemu di alam maya ni. maklom la busy nak mampos. sampai nak tido pon ta dak masa. kakahh oke jgn percaya sangat lah . aku memang busy lately ni . ni pon nasib mid sem break kalau tidak idok lerr teman nak meng-update belog teman.


baidewayyy aku tersangatlah happy mengalahkan monyet tatkala pakwe aku si JOHAN ARIF ASARI menang anugerah artis baru lelaki fofuler . tak sia sia aku tercongok depan tv wei. lagi syok bila kawan kawan text , bbm  ucap tahniah sebab pakwe aku menang . gua tataw apa motip dorang buat mcm tuh. tapi tu la namanya kawan , tahu apa yg kita minat and sokong. yer ta? SAYANG KORANG KETAT2.


ensemnya dia ! tapi ada 'orang tu' suka sgt kutuk dia, jelly letuuu kan ? HAHAHAHA

DIA SANGAT HANDSOME !

impian aku nak jumpa dia dah tercapai , sebab aku secara tak sengajanya terjumpa dia dekat VILLAGE MALL time tu dia ikut road tour ABPH . aku sebenarnya tataw pon , (maklomla dok dalam gua) nasib kazen gua ajak teman pergi amik gambar tunang dia dekat SP kalau idak terkuburlah impian gua nak jumpa beliau. sob sob ehh gua ta nak cerita pasal ni lah. gua nak cerita pasal lain. adoi kan gua dah melalut.



aku nak cakap pasal running man sebenarnya. dulu aku memang tak minat kpop or korean drama ni. kau jgn tanya la aku apa itu My Girl , Princess Hours, BOF , and so forth . memang tak la aku nak tahu . aku tak tipu okeh , aku memang tak tgk drama ni. kau nak kata aku ketinggalan pon kata laa. jangan pulak kau nak tanya aku sapa nama ahli super junior . aku tahu siwon je tu pon sebab member aku dok sebut. tapi org nya haghaaaaaam aku nak kenai.



tapi bila kawan baik aku bg running man suruh aku tgk terus persepsi aku berubah ! aku terus minat , sebab running man berjaya membuatkan aku ketawa berdekah dekah ! HAHAHAHA TROLOLOL. dari situ la aku kenal pelakon korea / penyanyi / MC .




dengar kata diorang nak datang malaysia. punya la semangat aku plan dgn member aku nak pergi tapi sayangnya , rumours semata mata . sedih tu ta tahu nak ckp mcm mana. sedih . wuwuwu aku nak sangat jumpa KWANG SOO , JONG KOOK , JAE SUK , MONDAY COUPLE, HARORO, BIG NOSE .

i like him so much :)




kalau la malaysia buat reality show mcm ni , aku nak JOHAN ASARI join ! kompem best punya , pastu aku nak JOZAN , yang lain lain tu korang pilih la. hew hew hew



oke lah got to go, chaowwww !



jgn lupa saksikan running man :D

sekali sekala makan makanan KOREA .

assalamualaikum

kawan kawan serta sahabat handai . juga tak lupa orang kampung . ngeeeeee

saya updates entry kat rumah . heaven ! sambil tgk tb makan cekodok . ehh ta dak cekodok pon.  tgh hari mcm ni mmg lapaq sungguh . tapi aku da makan td so kurang la sikit lapar tu . semalam dlm pukul 1 mcm tu time tgh lapar tu ada satu group ni wat presentation pasal burger king , siot je tayang burger buat aku lapar je. lepas kelas je terus pecut g makan McD . HAHAHA



bukan ini yg aku nak cerita, tapi aku nak cerita makanan korea . itu hari kitorang plan gan coursemates nak g makan dekat Seoul Garden . Gurney Plaza. jauh la jugak dari USM ni . tp demi perut yg lapar aku gagahi jugak drive waktu lunch hour. yg aku ta suka dekat penang ni drive waktu peak hour mcm ni sah jam ! pukul 5 tu ta payah la kau nak drive . buat sakit kaki ja drive manual.



kalau nak p pastikan bawak student card and p waktu weekdays dapat la diskaun sikit. diorang buat buffet so ko makan la sampai tercekik. aku nasihatkan bawak la org yg suka makan mcm member aku. mmg ta rugi ! kakahh bawak org yg makan ciput ni rugi ja. ngeeee



boleh pilih soup , kitorang pilih tomyam . aku mmg ta nak makan soup kimchi . bukan selera aku la. da tekak melayu tu melayu jugak la. tapi kawan aku kata kimchi sedap. coffee chicken pon dia kata sedap. hahaha aku rasa ta sedap pon.


aku suka chicken tomyam . sedap nya ! chicken bulgogi pon boley la makan . ada macam2 lagi . bak kata dorang " All-U-Can-Eat " huahua



ta yah ckp banyak cer tgk gambar terliur tak?




tgk kawan aku kemain semangat !!

kimchi 

argghhhh sedapnya !


kalau dtg sini mmg aku mencekik aiskem je !

sweet sgt letuuuu :P

nyum nyum nyum


sekian sahaja jalan jalan melantak utk hari ni. kita jumpa next entry !


zasss

SPARTA KOOKIES !

salam :))


aigooo lama betul aku ta update kan? busy sikit awal sem ni . acewahhh aku tipu je. awal sem mana start busy lagi. tutorial pon ta start agi . next week baru kalut . hahakk



ta sabaq pulak aku nak balik esok after bisnes law nye klas. abis pukul 12 time tu jugak la aku cabut. ta sabaq nak balik rumah bukan nya apa. sebab nak tgk running man . nak tgk my lovely oppa jong kook hewhewhew :))


hang nak tau ta betapa obsesnya aku kat dia ? sampai aku p sebut nama dia bila lecturer aku tanya " who is your fav actor ? " terus aku ckp JONG KOOK OPPA . tp dia ta dgr so aku jerit la sikit KIM JONG KOOK !!! hahahahaha satu kelas gelakkan aku . lecturer aku pon gelak jugak. buan apa, aku tgk ta de sapa respon pon bila dia tanya so aku jawab la. munasabah tak jawapan aku ni ? ahak ahak

hensem kan? kan ? kan ?


dalam kelas aku ni ada sorang yg badan tough macam jong kook . so aku panggil dia SPARTA ! hahaha tadi pon aku jumpa dia naik moto aku lak siap marah2 g sapa pulak mamat yg dok blocking aku ni, aisehhh tataw pulak yg tu SPARTA klo aku tahu aisehh ta berani aku nak marah2 HAHAHAHA.


aaaaaa sepetnya mata dia ! badan pon tough !


tapi tapi tapi . ada jugak seorang yg muka ala2 jong kook. semalam makan dgn kak wani ada seorang hamba Allah ni kak wani ckp macam oppa ko la dik. tapi aku belek2 tenung2 ta de pulak . badan ta tough pon, memey jauh bebenor lerr beza gan sparta aku tu . tp kak wani ckp muka nak sama sikit2. aisehhhhh aku admit la ada sikit persaam maybe kat mata kot. aku ulang KOT .

aigoooo , apa la yg ko buat tu oppa ?


 hahahahah ehh baru aku sedar entry ni pasal KIM JONG KOOK . hahah actually aku nak cita sal seseorang yg aku rasa dia kiut sgt bila senyum, muka pon manis gitu , siyes aku admit dia senyum sangat cute. nampak polite gitu , ada la dua tiga kali terserempak dengan dia n dia pon tegur jugak , tapi aku malu2 nak tegur so aku diam jela. HAHAHA bangang nye aku. ta pa, aku akan pikir sttrategi baru . kakahhhh


oke dear .

tata .



:)))